• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tibi Antara Penyakit Berjangkit Tertinggi Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah kes penyakit tibi di Pulau Pinang mencatatkan peningkatan pada tahun 2016 iaitu 1,385 kes berbanding 1,283 kes pada 2015, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Sukumar Mahesan .

Beliau berkata berdasarkan pemantauan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, tahun 2016 turut mencatatkan 138 kematian akibat tibi dengan kadar 8.2 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Melihat kepada profil pesakit tibi, semua kumpulan umur adalah tidak terkecuali,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Tibi dan Hari Kusta Sedunia 2017 Peringkat negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dr Sukumar berkata hampir 70.5 peratus pesakit terdiri daripada kalangan mereka yang berumur di antara 25 hingga 64 tahun, dengan 67.5 peratus daripadanya adalah lelaki.

Bagi seluruh Malaysia, Dr Sukumar berkata sebanyak 25,739 kes tibi dikesan pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 6 peratus berbanding 24,220 kes yang dilaporkan pada 2015.

“Jumlah kematian akibat tibi juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 15 peratus daripada 1,696 kematian pada 2015 kepada 1,945 kematian pada tahun lepas,” katanya.

Sementara itu bagi penyakit kusta, Dr Sukumar berkata bagi negeri ini, tujuh kes baharu kusta dicatatkan pada 2016.

“Di Malaysia, daripada pemantauan kes kusta yang dilaporkan, ia menunjukkan penurunan sejak beberapa tahun yang lalu iaitu tahun 2012 (325 kes), 2013 (306), 2014 (308) , 2015 (210 ) manakala tahun lalu 206 kes,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tibi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

06/02/2026
0

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu dengan 33...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd