• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Wartawan The Star Rangkul Hadiah Kajai

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Enam wartawan akhbar The Star muncul sebagai pemenang Hadiah Kajai pada Malam Wartawan Malaysia 2017 (MWM 2017) anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas, di sini malam tadi.

Menerusi laporan ‘To catch a predator’, ‘Child grooming laws around the world’ dan ‘Date with a sexual predator’; Samantha Chow, Clarissa Say, Maryam Zainol, Elroi Yee, Ian Yee dan Lim May Lee menerima hadiah RM30,000 beserta sijil dan trofi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Bersama MWM 2017 yang juga Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Datuk Mustapa Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abd Wahab, Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang serta ketua-ketua pengarang media utama di negara ini.

Samantha, Clarissa, Maryam, Elroi, Ian dan Lim turut muncul juara dalam kategori kewartawanan penyiasatan cemerlang menerusi laporan sama dan merangkul hadiah RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Bercakap kepada Bernama selepas majlis itu, Ian berkata beliau merasa lega kerana sebab utama pasukannya menyertai anugerah itu ialah bagi memastikan mereka boleh terus melakukan apa yang mereka sedang usahakan.

“Apabila kami memperoleh anugerah seperti ini, ia memberi kami lebih motivasi untuk bertugas, membolehkan kami mendapat pengiktirafan agar orang boleh mengetahui apa yang kami lakukan…ia memberi kami lebih pandangan dan juga lebih kredibiliti,” katanya.

Sementara itu wartawan Bernama Radio, Nurliyana Farhah Ruslan menerima hadiah saguhati bagi kategori laporan radio terbaik menerusi laporannya yang bertajuk ‘Eksploitasi kanak-kanak: Rela atau terpaksa” manakala jurufoto Bernama Ahmad Rushdan Abdul Manan menerima hadiah saguhati untuk kategori kewartawanan foto cemerlang.

Nurliyana Farhah dan Ahmad Rushdan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta sijil.

MWM 2017 menyaksikan 291 penyertaan diterima bagi 20 kategori yang pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai RM10,000, sijil serta trofi.

Buat pertama kali juga pada MWM 2017, anugerah Tokoh Media diberikan kepada Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub untuk sumbangannya kepada organisasi.- BERNAMA

Tags: wartawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

2024 Tahun Paling Berdarah Buat Wartawan, Lapor CPJ

03/05/2025
0

KUALA LUMPUR - Sekurang-kurangnya 124 wartawan dan petugas media terbunuh sepanjang tahun 2024, menjadikannya tahun paling berdarah sejak Jawatankuasa Melindungi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd