• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liberalisasi Lanjut Insurans Kenderaan Bermotor – BNM

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor dengan memperkenalkan penetapan harga fleksibel untuk produk insurans kenderaan komprehensif dan insurans kebakaran dan kecurian kenderaan berkuat kuasa pada 1 Julai, 2017.

Premium bagi produk motor pihak ketiga bagaimanapun akan terus tertakluk kepada kadar tarif.

Penolong Gabenor, Jessica Chew berkata usaha itu adalah susulan fasa pertama liberalisasi tarif motor dan kebakaran yang diperkenalkan pada 1 Julai tahun lepas apabila penginsurans dan pengendali Takaful diberi fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu dan perlindungan tambahan kenderaan yang tidak disenaraikan dalam tarif ketika itu.

“Mulai 1 Julai ini, kadar premium bagi produk insurans motor komprehensif dan produk kebakaran dan kecurian motor pihak ketiga akan ditentukan oleh penginsurans individu dan pengendali Takaful,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jelasnya, di bawah kaedah penetapan harga baharu itu, selain jumlah diinsuranskan, kapasiti dan usia kenderaan beberapa aspek lain seperti keadaan dan ciri-ciri keselamatan kenderaan dan rekod kesalahan trafik juga akan menentukan premium insurans berkenaan.

“Ini jelas berbeza daripada pengiraan semasa premium yang ditetapkan berdasarkan jumlah diinsurans, model kenderaan serta berat muatan berdasarkan usia pemandu, bilangan rekod kemalangan serta tiada Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) sehingga 55 peratus,” katanya.

Chew berkata langkah liberalisasi itu bertujuan mewujudkan peralihan secara berperingkat penetapan harga yang saksama dengan mengambil kira faktor risiko lebih luas serta mengurangkan pensubsidian-bersilang antara kumpulan perniagaan dan kelompok berisiko.

“Realiti premium yang telah dikutip dan tuntutan yang dikemukakan, terutamanya melibatkan kecederaan badan pihak ketiga (ternyata) adalah amat berbeza. Secara puratanya, bagi setiap kutipan RM1 secara asasnya tuntutan kecederaan badan pihak ketiga adalah antara RM1.30 hingga RM3,” katanya.

Jelasnya, selain menghasilkan pengurusan risiko lebih baik, kaedah baharu itu juga bertujuan menyemai sikap pemanduan lebih berhemah dan pengguna turut mendapat manfaat hasil pengurangan premium yang sejajar usaha peningkatan profil risiko.

“Para pemandu itu akan diberi insentif bagi menggalakkan sikap pemanduan lebih selamat yang akan menguntungkan mereka serta orang ramai,” katanya.

Malah, katanya, langkah itu akan turut membuka lebih banyak ruang penambahbaikan apabila penginsurans dan pengendali Takaful lebih fleksibel terhadap penawaran poduk mereka.

“Bagi pengguna, manfaat itu termasuk peningkatan kualiti perkhidmatan serta rangkaian produk pada harga yang kompetitif akibat (kesan) persaingan sesama penginsurans berkenaan,” katanya.

Chew berkata, penawaran produk baharu dengan pelbagai ciri-ciri berbeza, juga akan membolehkan pengguna dan perniagaan mendapat perlindungan yang menepati keperluang masing-masing.

Selain itu, katanya, harga kompetitif yang ditawarkan penginsurans dan pengendali Takaful juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan yang bersesuaian keinginan mereka.

Tegasnya, BNM akan terus memantau perkembangan industri itu bagi memastikan pelarasan yang dibuat terhadap harga itu adalah munasabah.

“Kita mahu mengekang pelarasan (harga) yang melampau,” katanya.

Menurutnya, struktur NCD itu akan dikekalkan dan boleh berpindah daripada satu penginsurans kepada yang lain atau sesama pengendali Takaful.

Selepas tarikh pelaksanaan itu, para pengguna boleh membeli produk tambahan bagi meningkatkan perlindungan insurans motor untuk kenderaan masing-masing.

“Bagaimanapun, sebelum membuat sebarang keputusan, lakukan tinjauan dengan mendapatkan maklumat daripada ejen, penginsurans atau pengendali Takaful di pusat pangilan atau menerusi saluran dalam talian,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNMInsurans Motor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd