• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPR Keprihatinan Kerajaan Bantu Golongan B40

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN – Program Perumahan Rakyat (PPR) mencerminkan keprihatinan kerajaan membantu golongan 40 peratus pendapatan isi rumah terendah atau B40, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ini dapat dilihat apabila kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) memberi rumah berkualiti dan selesa melalui program itu selain menambah aset serta menjana kekayaan rakyat dari semasa ke semasa.

“Dalam bentuk aset inilah (kita dapat lihat) program yang memberi impak berkesan dan cukup besar sekali… sebab itu, kita lihat projek ini membantu golongan B40.

“Satu lagi yang istimewa ialah kita akan melaksanakan konsep sewa dan beli. Kita akan sewakan setiap unit dan sewaan itu akan dikira sebagai ansuran kepada kos (pembelian rumah) yang ditawarkan nanti. Kos sewaan RM205 sebulan campur RM50 (caj) pengurusan. Tengok di pasaran ada tak rumah macam ini?” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci PPR Tehel di Bemban di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka.

PPR Tehel, yang mempunyai 500 unit rumah selain dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk dewan serbaguna, gelanggang futsal, surau dan taman permainan, dibina dengan kos RM80 juta dan siap pada 1 Januari lepas.

Sehingga kini, terdapat lima projek PPR kerajaan Persekutuan yang telah dan sedang dilaksanakan di Melaka dengan tiga PPR sudah disiapkan iaitu PPR Sungai Putat yang mengandungi 336 unit, PPR Tehel (500 unit) dan PPR Krubong (600 unit).

PPR Klebang yang mempunyai 255 unit kini dalam pembinaan manakala PPR Tangga Batu (160 unit) masih dalam peringkat perancangan.

Najib berkata setiap unit rumah di PPR Tehel adalah bernilai RM160,000 di pasaran tetapi ia akan disewakan kepada yang layak dalam tempoh ditentukan, sebelum dijual kepada mereka dengan harga RM35,000 sahaja.

“Cuba bayangkan, mana ada negara lain di dunia ini yang akan beri subsidi begitu besar kepada rakyat mereka ? … RM125,000 subsidi…cuba bayangkan harga pasaran pada tahun mendatang (boleh menjadi) RM400,000 hingga RM500,000,” katanya.

Perdana menteri berkata semua inisiatif itu dilaksanakan kerajaan BN bagi membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah idaman sendiri.

“Sebab itulah, tidak payah saya cakap banyak lagi. Jelas bahawa kerajaan pusat dan negeri sentiasa membantu rakyat,” kata beliau.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Melaka kerana mencapai rekod prestasi mempunyai rumah mampu milik terbanyak di negara ini.

“Berbanding dengan Pulau Pinang yang paling corot sekali (dalam prestasi pembinaan rumah mampu milik). Maknanya, kalau pembangkang bercakap, kutuk, kata macam-macam tapi hakikatnya jasa dan budi kerajaan BN jauh lebih baik berbanding mereka,” kata beliau. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd