• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Individu Ditahan Dalam Ops Noda Di 2 Pusat Hiburan

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua individu termasuk seorang pengedar dadah ditahan dalam Ops Noda di dua pusat hiburan di sini awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi pada pukul 1.30 pagi itu dilakukan secara bersama antara Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Serbuan itu turut dikoordinasikan Jabatan Kastam Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kamarul Zaman berkata selain tangkapan, sebanyak 67 wanita warga asing terdiri daripada rakyat Vietnam, Taiwan dan China diselamatkan daripada manga pemerdagangan.

“Kesemua 32 individu yang ditahan itu termasuk juruwang, penjaga premis, pengedar dadah serta 26 pengunjung kedua-dua pusat hiburan yang didapati positif dadah.

“Kesemuanya berumur antara 20 dan 54 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata sejumlah barangan termasuk sebilah pedang samurai, satu objek menyerupai pistol tulen, wang tunai lebih daripada RM21,000 dan dadah bernilai RM40,800 turut dirampas dalam serbuan berkenaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 12 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, Seksyen 36 Akta Senjata 1960, Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor. – BERNAMA

Tags: Datuk Kamarul Zaman MamatOps Noda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cuba Serang Pegawai Polis Empat Lelaki Ditahan

27/05/2018
0

IPOH - Empat pelanggan lelaki di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas cuba menyerang pegawai polis yang melakukan Ops...

Mansuh Akta Antiberita Palsu: Mahathir Terlupa Lagi!

08/04/2018
0

TUN Dr. Mahathir Mohamad sewaktu berceramah di Pasir Gudang, Johor malam tadi menyebut akan tangkap pihak yang sebar berita palsu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd