• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Tema Animasi Pertama Asia Dibuka Jun Ini

oleh Ahmad Albab
21/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Taman tema berkonsepkan animasi yang pertama di Asia, Movie Animation Park Studios (MAPS), akan dibuka secara rasminya pada 26 Jun ini di sini.

Anggota Lembaga Pengarah MAPS Ramelle Ramli berkata taman tema itu kini sudah 96 peratus siap dan kini di peringkat akhir kerja-kerja hiasan.

“Berlaku sedikit kelewatan kerana pihak kami mahu menambah lagi tarikan bagi memastikan taman tema ini berbaloi untuk dikunjungi

“MAPS mempunyai lebih 40 tarikan unik dengan enam tema animasi terkemuka dunia termasuk Boboiboy, The Smurfs dan beberapa watak animasi dari Dreamworks,” katanya dalam sidang media selepas lawatan wakil media ke MAPS hari ini.

Ramelle berkata pihaknya optimis taman tema itu dapat menarik 700,000 hingga 800,000 pengunjung dari hari pertama pembukaannya, yang dijadual pada hari kedua Syawal sehingga akhir 2017.

Menurutnya MAPS giat melakukan promosi di peringkat tempatan dan antarabangsa termasuk di Arabian Travel Market (ATM) dan World Travel Market (WTM).

Dalam pada itu, Ramelle menjelaskan orang ramai yang membeli tiket MAPS sebelum ini tidak perlu khuatir kerana ia masih sah dan diterima mengikut terma dan syarat.

“Pas tahunan sah selama 12 bulan dari tarikh pembukaan manakala tiket harian sah tiga bulan dari tarikh pembukaan…kami amat menantikan kehadiran pengunjung,” katanya.

Harga tiket MAPS bagi pemegang Mykad ialah RM148 manakala RM117 dikenakan untuk pemegang MyKid serta warga emas.

Taman tema itu, yang dibina di kawasan seluas 21 hektar, dapat menerima kira-kira 8,000 kunjungan sehari. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan 10 pagi hingga 10 malam pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan maklumat terkini orang ramai boleh melayari www.mapsperak.com atau www.facebook.com/mapsperak. – BERNAMA

Tags: Taman Tema
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Taman Tema Dibenar Operasi, Saringan Suhu Sekali Sahaja

29/06/2020
0

PUTRAJAYA - Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini mengumumkan lebih banyak kelonggaran termasuk membenarkan taman tema beroperasi,...

Tutup MAPS: Pelaburan RM500 Juta Hangus – Najib

28/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menempelak Menteri Besar Perak susulan penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd