• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengasuh ‘Mengganas’ Campak Anak Jagaan

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK kebelakangan ini isu penderaan di pusat penjagaan kanak-kanak sering kali dilaporkan dan menimbulkan kebimbangan masyarakat terutamanya ibu bapa.

Terbaru, tersebarnya sebuah video pengasuh yang bertindak kejam dan ‘ganas’ terhadap kanak-kanak yang berada di sebuah taska dipercayai di Sepang, Selangor.

Menerusi video yang dimuat naik Ziera Shammudiin di Facebook, jelas memaparkan dua situasi membabitkan dua pengasuh berbeza melayan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan mereka.

Dalam video berdurasi 1 minit 49 saat itu, kelihatan seorang pengasuh mendukung seorang kanak-kanak yang dipercayai berusia lingkungan dua tahun dan menghempasnya ke tilam hingga kanak-kanak itu menangis.

Pengasuh itu kemudian menolak kepalanya dan mengangkat kedua-dua tangannya dengan cara yang tidak sepatutnya dan meletak mangsa di luar bersama rakan-rakannya yang lain.

Dalam kejadian kedua, seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja terbaling mainan sehingga terkena kaki pengasuh menyebabkan wanita itu berang lalu baling mainan itu sebelum angkat dan campaknya ke dalam bilik sehingga terkena mainan di lantai.

Jelas kelihatan, beberapa individu yang berada dalam video berkenaan hanya melihat ‘gelagat’ kedua-dua pengasuh itu tanpa menghalang mereka daripada terus bertindak kejam.

Difahamkan, susulan kejadian yang berlaku pada 31 Mac lalu, pengasuh dan pemilik taska berkenaan bagaimanapun telah ditahan bagi membantu siasatan.

Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang mahukan semua pengusaha taska memasang kamera litar tertutup bagi memantau keadaan dalam taska berikutan sudah banyak kes seumpama ini berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Tags: campakDerakanak-kanakPusat Asuhan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd