• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan 2 Kapal Dagang, Bersauh Tanpa Kebenaran

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili menahan dua buah kapal dagang di kedudukan lebih kurang tiga batu nautika dari Selatan Tanjung Penyusop, dekat Teluk Ramunia, di sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata pihaknya menahan kapal MT ORCA dan MT BRAMA OCEAN ketika kedua-dua kapal terbabit sedang berhimpit antara satu sama lain.

“Hasil pemeriksaan mendapati MT ORCA yang berdaftar di Fiji itu gagal mengemukakan insurans kapal semasa diperiksa dan jika didapati bersalah, boleh didakwa di bawah Seksyen 361(6) Akta A1393 2011 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Kapal MT BRAMA OCEAN yang berdaftar di Malabo pula bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut dan gagal memaklumkan ketibaan di perairan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemilik kapal berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana berlabuh tanpa kebenaran dan mengikut Seksyen 449 Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia.

Amran berkata 13 orang terdiri daripada 11 anak kapal dan dua kapten kapal, warga Indonesia, turut ditahan.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya, katanya.

Ini adalah kes tangkapan kelima untuk bulan ini yang membabitkan kapal dagang. – BERNAMA

Tags: APMMKapal Dagang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd