• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Menang Tangan Jual Ikan Pekasam

oleh Ahmad Albab
20/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ikan segar menjadi keistimewaan ikan pekasam yang dihasilkan warga emas, Rahmah Mat Ripin, 70, sehingga dia tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan.

Pengalaman 13 tahun menjadi kelebihan kepada Rahmah menghasilkan ikan pekasam yang memenuhi cita rasa pelanggan.

Walaupun usia sudah lanjut, nenek kepada 32 cucu itu masih berupaya menjalankan perniagaan itu sambil dibantu anak perempuannya, Fadilah Hanom Subuh, 37, di bengkelnya di Kampung Paya Rambutan, di sini

“Bagi jaga kualiti ikan pekasam, saya hanya guna ikan segar dibekalkan nelayan darat di Kampung Paya Rambutan dan Paya Bungor yang menangkap ikan dengan jaring dan jala di lebih 20 tasik semula jadi sekitar kawasan ini.

“Lebih 15 jenis ikan air tawar seperti lampam, temperas, loma, kerai, sebarau dan terbun dijadikan pekasam. Saya turut guna patin, tilapia, haruan dan toman jika mendapat permintaan pelanggan,” kata ibu kepada 12 anak itu.

Rahmah berkata, selepas menjalani proses menyiang dan mencuci kotoran, ikan perlu diperam bersama beras goreng dalam bekas selama dua minggu.

Katanya, penyediaan ikan pekasam di Utara tanah air berbeza jika dibandingkan di Pantai Timur kerana ikan pekasam yang terkenal di Kedah, Perak dan Perlis hanya diperam menggunakan beras goreng saja.

Manakala di wilayah Pantai Timur, pengusaha ikan pekasam biasanya turut menggunakan campuran garam atau asam keping sebagai perisa tambahan.

Katanya, setiap bulan dia mampu menjual antara 100 hingga 150 kilogram ikan pekasam yang dijual pada harga RM16 sekilogram bergantung kepada jenis ikan dan saiz. – myMetro Online

Tags: peniagaproduk makanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd