• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Jalan Utama Ditutup Sempena KIHM 2017

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Beberapa jalan utama ke pusat bandar Kota Baharu akan ditutup bersempena penganjuran larian Separuh Maraton Antarabangsa​​​ Kelantan (KIHM) 2017, Sabtu ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan Datuk Mohamad Noordin Awang berkata penutupan jalan itu adalah bagi memastikan kelancaran perlumbaan itu yang bermula di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong, dan tamat di tempat yang sama.

“Penutupan jalan akan bermula seawal 6 pagi hingga 10.30 pagi pada hari tersebut dan kami memohon pengguna jalan raya agar mengelak daripada menggunakan laluan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di MSN Kelantan di Telipot, di sini, hari ini.

Katanya penutupan jalan itu membabitkan lebuh raya Salor di RTC Bandar Baharu Tunjong-Jalan Kuala Krai-Kota-Pintu Geng-Kampung Sireh menuju ke persimpangan Jabatan Sultan Yahya Petra sehingga ke bulatan Pasir Pekan.

Seterusnya, Jalan Pasir Mas-Tumpat (menghala ke Bunut Susu) sehingga ke lampu isyarat Tendong, sepanjang Jambatan Tendong ke persimpangan Pendek sehingga ke garisan penamat di RTC Bandar Baharu Tunjong.

Beliau berkata orang ramai dinasihat menggunakan jalan yang dilencongkan sebagai alternatif untuk ke pusat bandar pada hari tersebut.

KIHM 2017 dijangka menarik penyertaan kira-kira 10,000 peserta termasuk dari luar negara.

Kejohanan julung kali diadakan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM80,000.

Difahamkan, setakat ini penganjur telah menerima penyertaan peserta dari 15 negara untuk bersaing dalam perlumbaan itu membabitkan empat kategori iaitu larian sejauh 21 kilometer (km), 10km, 5km dan 3km.

Peserta luar negara yang sudah mengesahkan penyertaan antaranya dari China, Jepun, Singapura, Thailand, Kenya, Indonesia dan United Kingdom. – BERNAMA

Tags: KIHM 2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd