• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Mangsa Kemalangan Baling Stabil

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Keadaan tiga beradik perempuan mangsa kemalangan di Kampung Teluk Teduri, Jalan Kupang-Baling pagi semalam, dilaporkan stabil namun masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, dua daripadanya, berusia 10 dan lima tahun, telah selamat menjalani pembedahan hari ini dan berada dalam keadaan stabil.

“Kanak-kanak berusia 10 tahun, yang patah tulang kaki antara lutut dan pergelangan kaki kiri, menjalani pembedahan pada pukul 2.30 petang tadi manakala adiknya, yang patah tulang antara peha dan lutut kiri, menjalani pembedahan pada pukul 8.50 pagi tadi.

“Seorang lagi anak itu berusia sembilan tahun, yang patah tulang tangan kanan dan pergelangan tangan kanan, diberi rawatan di wad tanpa pembedahan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Norhizan berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu diletak di bawah pemantauan dan penjagaan Pakar Psikiatrik dalam usaha memberi First Aid Psychological Counselling bagi memastikan aspek psikologi mereka berada dalam keadaan stabil.

“Mereka juga dipantau Pakar Kanak-Kanak dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Azuyah Hassan, hari ini melawat ketiga-tiga mangsa di HSAH.

Azuyah yang tiba di HSAH kira-kira pukul 5.50 petang tadi, turut diiringi beberapa pegawai daripada Pejabat Pendidikan Negeri.

Azuyah ketika ditemui Bernama selepas lawatan, mengesahkan bahawa semua kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil dan ada ahli keluarga terdekat yang menemani mangsa.

Beliau menerusi satu kenyataan media kemudiannya memaklumkan bahawa JPN Kedah dan PPD Baling/Sik, telah membantu keluarga tersebut dari segi kewangan yang disumbangkan pelbagai pihak.

“JPN akan menguruskan tuntutan insuran takaful bagi tiga murid yang dimasukkan ke hospital.

“JPN dan PPD juga akan membantu segala urusan persekolahan murid tersebut setelah mengadakan perbincangan dengan waris kepada murid-murid berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi semalam, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dan isterinya, maut manakala empat anak pasangan itu cedera, selepas kenderaan mereka dirempuh sebuah kereta pacuan empat roda dari arah belakang.

Ketika kejadian, mangsa, ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isteri, Suriya Abdul Rahman, 37, yang juga seorang guru di SK Teluk Teduri, bersama empat anak mereka, dikatakan dalam perjalanan ke sekolah. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Norhizan Ismailkemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd