• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budi Bicara Kerajaan Keluar Atau Tarik Balik Pasport

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Terletak pada budi bicara kerajaan sama ada untuk mengeluarkan, menangguhkan pengeluaran atau menarik balik pasport, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan berkata demikian pada pendengaran rayuan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi semakan kehakiman terhadap arahan Imigresen melarangnya daripada menaiki penerbangan ke Indonesia pada 22 Julai, 2015.

Menegaskan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan hak kepada warganegara untuk memiliki pasport, beliau berkata peruntukan “kebebasan seseorang” hanya merujuk kepada kebebasan daripada ditahan secara salah dan ia tidak memberikan hak asasi kepada warganegara untuk meninggalkan negara.

Sebaliknya, kerajaan boleh menghalang seseorang itu daripada meninggalkan negara, sebagai contohnya, sekiranya seseorang itu sedang berdepan pertuduhan jenayah, hujah beliau dan menurutnya terdapat terma khusus dalam pasport yang menyatakan dokumen perjalanan itu boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Shamsul mewakili ketua pengarah imigresen dan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan semakan kehakiman Pua.

​”Dalam kes ini, tiada janji sedemikian atau representasi dibuat oleh responden (ketua pengarah imigresen) bahawa perayu, walaupun memiliki pasport sah, tidak akan dihalang daripada meninggalkan negara,” katanya.

Shamsul berkata ketua pengarah imigresen mempunyai kuasa terhadap pemantauan awam dan arahan dalam semua perkara berkaitan imigresen mengikut Seksyen 3 (2) Akta Imigresen 1959.

“Responden (ketua pengarah imigresen) tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerugian dialami oleh Pua. Lagipun adalah menjadi tanggungjawab perayu untuk memeriksa statusnya menerusi perkhidmatan dalam talian untuk menentukan sama ada terdapat larangan untuk beliau meninggalkan negara,” hujahnya.

Terdahulu, peguam mewakili Pua, Gobind Singh Deo dalam hujahnya berkata Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan adalah tentang kebebasan seseorang, termasuk hak untuk pergi ke luar negara.

Beliau berkata tiada peruntukan khusus yang memberi kuasa kepada ketua pengarah imigresen untuk melarang seseorang daripada meninggalkan negara ini.

Hujahnya Seksyen 3(2) Akta Imigresen hanya berkaitan kusa ketua pengarah imigresen untuk melarang seseorang daripada masuk ke Malaysia tetapi seksyen itu tidak melarang secara khusus bagi seseorang daripada meninggalkan negara ini.

Peguam itu berkata Pua mempunyai jangkaan boleh melakukan perjalanan ke luar negara kerana beliau memiliki pasport sah.

Katanya ketua pengarah imigresen salah apabila mengenakan larangan ke atas Pua berdasaran surat daripada Ketua Polis Negara kerana surat itu tidak dikemukakan di mahkamah, dan hanya berupa keterangan dengar cakap yang tidak boleh diterima di sisi undang-undang.

Panel hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Mohd Zawawi Salleh, Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Kamardin Hashim menangguhkan keputusan ke tarikh belum ditetapkan.

Hakim Mohd Zawawi yang mempengerusikan panel itu berkata mereka perlukan masa untuk menimbangkan perkara itu kerana ia melibatkan isu-isu perlembagaan. Beliau berkata mahkamah akan menyediakan penghakiman bertulis.

Pua memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2015 untuk membatalkan larangan perjalanan itu. Larangan itu ditarik balik pada 20 Mei tahun lepas. Beliau meneruskan rayuan itu bagi mendapatkan ganti rugi dan untuk mahkamah menentukan had kuasa ketua pengarah imigresen. – BERNAMA

Tags: PASPORT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

Pasport Malaysia Antara Terkuat Di Dunia

06/11/2025
0

PASPORT MALAYSIA ANTARA TERKUAT DI DUNIA, TANGGA KETIGA RANKING 2025 Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pasport Malaysia kini...

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

Pasport Menantu Muhyiddin Telah Dibatalkan – Saifuddin Nasution

23/10/2025
0

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport milik menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd