• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Selamatkan 26 Mangsa Pemerdagangan Manusia

oleh AK-47
20/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menyelamatkan 26 wanita Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Jalan Kulim, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kesemua wanita berusia antara 22 dan 42 tahun itu diselamatkan dalam serbuan pada pukul 6 petang dan dihantar ke rumah perlindungan untuk siasatan lanjut.

“Dalam serbuan ke premis dua tingkat itu, polis turut menahan dua wanita tempatan berusia 47 dan 48 tahun yang merupakan majikan mereka serta seorang penyelia di situ iaitu wanita Indonesia berumur 46 tahun.

“Siasatan awal mendapati syarikat itu menjalankan perniagaan perkhidmatan mencuci dari rumah ke rumah dan semua wanita asing itu diperdagangkan untuk tujuan eksploitasi buruh,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis merampas 33 keping slip gaji milik pekerja serta 41 keping kad perakam waktu dan kesemua wanita itu mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja dan telah bekerja dengan syarikat itu sejak dua hingga tiga tahun lepas.

“Mereka mendakwa bekerja lapan jam sehari serta dibayar RM30 sehari dan diarah bekerja setiap hari tanpa cuti, tidak dibenar menggunakan telefon bimbit, tidak boleh pergi ke mana-mana, tidak dibenar beribadat dan tidak boleh memiliki wang dalam simpanan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemerdagangan manusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd