• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 30 Premis Pasang SPKA Di Kedah Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah setakat ini merekodkan hanya 30 daripada sejumlah 305 premis yang diwajibkan memasang Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA) di negeri ini sudah berbuat demikian.

Pengarahnya, Abdul Razak Muda berkata, kesemua 305 premis berkenaan yang meliputi sembilan kategori termasuk bangunan kerajaan, hospital dan perumahan itu wajib mengguna pakai sistem itu yang akan berkuat kuasa mulai Januari depan.

“Untuk tahun ini, premis-premis ini telah diminta untuk memasang sistem ini dan melalui beberapa proses ujian bagi melihat kelancarannya sebelum ia dikuatkuasakan pada 1 Jan 2018.

“Bermula tarikh itu, syarat pengeluaran Sijil Perakuan Bomba (FC) hanya diberikan kepada premis yang membuat penyambungan terus kepada SPKA sahaja dengan kontrak antara pengguna dan pembekal iaitu Iscade Net Sdn. Bhd., adalah selama lima tahun

“Bagaimanapun, mana-mana Perjanjian Langganan yang masih berkuat kuasa selepas tarikh 31 Dis 2017 akan diberi kelonggaran pengeluaran FC pada tahun ini di mana mereka dibenarkan beroperasi tetapi bukannya menyambung perjanjian,” katanya selepas Majlis Taklimat SPKA dan Dialog Bersama Pelanggan Peringkat JBPM Kedah dan Perlis, di sini hari ini.

SPKA yang menggantikan sistem lama iaitu Sistem Pemantauan Berkomputer (CMS) yang digunakan sejak 1994, merupakan sistem pengesan kecemasan yang boleh menyalurkan maklumat terus kepada bilik gerakan operasi JBPM jika berlaku sebarang insiden seperti kebakaran.

Abdul Razak berkata sistem itu dijangka mampu meningkatkan tahap pengawasan kebakaran ke atas bangunan serta mengurangkan isu amaran palsu yang sering dialami oleh petugas JBPM. – BERNAMA

Tags: BombaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd