• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Blogger Tidak Kisah Dikutuk Kerana Pelihara `Bulu’

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG blogger kecergasan, Morgan Mikenas menerima sokongan ramai selepas memaklumkan bahawa dia tidak lagi mencukur bulu di badannya termasuk bulu ketiak sejak setahun lalu kerana mahu kelihatan lebih semula jadi.

Mikenas menyatakan demikian dalam video `Why I Don’t Shave’ yang dimuatnaik melalui YouTube bagi menjawab persoalan mengenai dirinya yang telah mengucapkan selamat tinggal kepada pisau cukur dan `wax’.

“Saya rasa alasan utama kenapa saya berhenti bercukur kerana ia mengambil masa yang banyak terutama dalam bilik air. Pada satu hari saya terfikir kenapa saya perlu berbuat demikian,” katanya yang mengaku semakin panjang bulu di badan, ia sebenarnya akan menjadi lembut.

Menurut Mikenas, dia tidak berhasrat untuk memaksa orang lain mengikut jejaknya namun menjadikan ia sebagai inspirasi kepada mereka yang mempunyai pandangan sepertinya.

Mikenas turut menceritakan pengalamannya apabila orang ramai terutama kanak-kanak melihat bulu romanya yang tidak dicukur itu.

“Mereka menjerit dan memberitahu saya kelihatan seperti lelaki,” katanya yang keliru dengan sesetengah pihak yang seolah-olah tidak pernah melihat bulu roma pada badan wanita.

Jelasnya, dia tidak mahu mengubah penampilan hanya disebabkan pandangan orang lain sebaliknya dia mahu berasa selesa dengan diri sendiri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bloggerbulu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Blogger Direman Bantu Siasatan Rasuah Projek Bernilai RM41 Juta

Blogger Direman Bantu Siasatan Rasuah Projek Bernilai RM41 Juta

12/05/2023
0

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang blogger bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah dalam satu projek...

Malaun Blogger ‘Tiada Telor’

03/01/2022
0

Sejak semalam kecoh berhubung pihak cuba membuat petisyen hilang kepercayaan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Secara tidak langsung bermakna hilang kepercayaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd