• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

George H.W. Bush Dirawat Akibat Pneumonia

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOUSTON – Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dimasukkan ke sebuah hospital di sini, selepas mengalami radang paru-paru ringan namun ‘tidak serius’.

Wakil rasmi media bekas presiden berusia 92 tahun itu, Jim McGrath berkata, Bush dimasukkan ke hospital Jumaat lalu ‘untuk pemerhatian kerana batuk berterusan yang menghalangnya daripada mendapat rehat mencukupi.’

“Ia kemudian disahkan sebagai kes radang paru-paru ringan yang sudah dirawat.

“Presiden Bush dalam keadaan cukup bersemangat dan kini ditahan untuk pemerhatian sementara kesihatannya kembali pulih,” kata McGrath dalam satu kenyataan.

McGrath tidak menyatakan maklumat tambahan lain namun mengesahkan Bush kini dirawat di Hospital Methodist Houston, pusat perubatan sama ketika beliau dimasukkan selama dua minggu Januari lalu akibat radang paru-paru.

Bush, anggota Republikan dan bekas presiden tertua negara itu, berkhidmat selama satu penggal di Pejabat Oval bermula 1989 hingga 1992.

Beliau adalah bapa kepada bekas Presiden George W Bush, yang berkhidmat selama dua penggal di Rumah Putih bermula 2001 hingga 2008. – Reuters/BH ONLINE

Tags: George H W BushPresiden Amerika Syarikat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Joe Biden Angkat Sumpah Presiden AS

21/01/2021
0

WASHINGTON - Joe Biden, 78, sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di hadapan Hakim Mahkamah Agung,...

Biden Hampir Menang Pemilihan Presiden, Trump Meroyan

06/11/2020
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berang selepas pengiraan undi menunjukkan pencabarnya dari parti Demokrat, Joe Biden, makin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd