• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Suspek Wanita Bantu Siasatan Nahas Maut

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Polis menahan seorang suspek wanita bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang membabitkan Ketua Bahagian Jenayah Narkotik Baling dan isterinya awal hari ini.

Ketua Polis Baling, Supt Sharifudin Yusof berkata wanita tempatan berusia 37 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Hilux itu ditahan pagi tadi di lokasi kejadian.

“Setakat ini polis masih menyiasat dan kita tahan suspek ini yang melanggar kereta mangsa dari belakang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian 7.15 pagi tadi, ACP Mohd Noor Mat Ayub, 38, dan isteri Suriya Abdul Rahman, 37, maut dalam kemalangan di Kampung Teluk Teduri dekat sini setelah kereta jenis Toyota Passo dinaiki mereka dilanggar dari belakang ketika hendak membelok ke simpang kanan.

Kejadian mengakibatkan kereta mangsa memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan yang dipandu Muhamaad Ilyas Abd Razak, 32, dan mengakibatkan empat anak mangsa cedera.

Empat anak mereka yang kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dikenali sebagai Irdina Aliah, 11, Insyirah Aliah, 10, Muhammad Adib Mustakim, 8, dan Imanina Aliah, 6.

Sharifudin turut menyifatkan Allahyarham yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling selama lima tahun merupakan seorang pegawai yang amat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan tugas.

“Banyak sumbangan beliau terutama sekali dalam membanteras masalah dadah di daerah ini yang kita tidak boleh lupakan,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Helmi Aris pula berkata Allahyarham seorang yang rajin menjalankan operasi membanteras dadah di daerah ini selain turut prihatin dengan kebajikan anak buahnya.

“Allahyarham juga mesra dengan penduduk kampung dalam usahanya mendekati komuniti dan sangat hormat pada ketua,” katanya.

Kedua-dua jenazah dibawa ke surau IPD Baling untuk disembahyangkan sebelum dibawa menggunakan kenderaan jenazah Polis Diraja Malaysia ke Tanah Perkuburan Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan untuk dikebumikan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd