• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera RTM, Polis Gembira Memiliki Rumah PPA1M

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang penolong jurutera kanan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan seorang anggota polis melahirkan rasa syukur dan gembira kerana berjaya dalam proses memiliki Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Taman Berlian, Rantau, 15 kilometer dari sini.

Kedua-dua mereka adalah antara 20 pemilik PPA1M yang menerima kunci rumah yang disampaikan Menteri Besar Negeri Sembiln, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis penyerahan di sini, hari ini.

Norzita Boriak, 39, yang bertugas di RTM Kuala Lumpur, berkata beliau sangat berpuas hati dengan reka bentuk dan kualiti yang digunakan dalam pembinaan rumah itu.

“Rumah ini sangat luas dan cantik… kalau nak bandingkan harga yang ditawarkan oleh pemaju memang tidak munasabah sebab kalau ikutkan harga semasa memang sangat mahal tetapi kerajaan tawarkan kita dengan harga mampu milik dan ia memang sangat berbaloi.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) kerana dengan sokongan daripada beliau, kita sebagai penjawat awam dapat menggunakan kemudahan yang disediakan. Tanpa kemudahan yang disediakan kerajaan saya rasa tak dapat untuk menerima dan memperoleh rumah yang begitu besar,” katanya kepada Bernama dalam majlis penyerahan kunci projek PPA1M.

Beliau dalam pada itu menasihatkan kepada semua penjawat awam yang belum memiliki rumah supaya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan kerajaan.

Abdul Said Maamor, 50, pula menyifatkan dirinya sebagai bertuah kerana berjaya memiliki rumah teres setingkat berkembar yang bersaiz 40×80, daripada 359 orang calon yang memohon PPA1M berkenaan.

“Saya rasa bertuah kerana dalam 359 orang yang memohon PPA1M ini, hanya 20 yang diterima termasuk saya. Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan kerana merealisasikan impian saya untuk memiliki rumah ini,” katanya yang bertugas di Petaling Jaya, Selangor.

PPA1M Taman Berlian yang memiliki empat bilik tidur dan tiga bilik mandi merupakan projek pertama yang disiapkan di atas tanah seluas 1.75 hektar melibatkan pembinaan sebanyak 22 unit rumah berkembar setingkat dengan harga jualan bermula RM299,280.

PPA1M adalah satu inisiatif kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki rumah mampu milik yang berkualiti di lokasi strategik pada harga yang kurang daripada harga pasaran dan terbuka kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan, negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun persekutuan dan negeri.

Ia melibatkan pembangunan rumah jenis berkembar, teres, pangsapuri, rumah bandar dan banglo, dijual pada harga sekitar RM90,000 hingga RM300,000 iaitu 20 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dengan keluasan lantai bermula daripada 850 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

Akmal Cabar DAPSY Lawan Secara ‘Gentleman’, Jangan Jadi ‘Anjing Menyalak Bukit’

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendesak pemimpin mereka menarik...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd