• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Kulim Siap Dalam Beberapa Bulan Lagi

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Kementerian Pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan sedang menjalankan kajian bebolehlaksanaan cadangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang akan disiapkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Wira Othman Aziz semalam.

Menurut Othman, cadangan pembinaan lapangan terbang itu akan membantu menampung peningkatan kedatangan pelancong di kawasan utara, yang sekarang ini ditangani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Kami perlukan sebuah lapangan terbang yang baharu di wilayah utara, dan kami sedang menimbangkan cadangan untuk membinanya di Kulim, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas kajian ini selesai,” katanya selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2016 di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Harta Dr Rahah Ismail.

Sementara itu, ketika bercakap mengenai pembangunan Forest City di Johor Bahru, pemaju terbabit tidak akan ditawarkan tambahan insentif untuk menyiapkan projek tersebut.

“Kami tidak boleh lagi terus menawarkan insentif sehingga kepada keadaan yang sendiri tidak mampu. Kami tidak boleh mewujudkan dasar-dasar yang akan menyebabkan kerugian kepada negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lapangan Terbang Kulim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perjelas Siapa Biaya Kos Bina Lapangan Terbang Kulim

28/03/2019
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendesak agar kerajaan menjelaskan secara terperinci apakah kos pembinaan...

PH Ditempelak Samakan Kulim Dengan Sydney

27/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Radzi Md Jidin yang menyamakan Kulim dengan Sydney menggamit kekecohan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd