• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Papa Berhak Bersuara” – Serina Buka Mulut

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK minggu lalu, industri hiburan kecoh dengan berita pelakon dan pengacara Serina Redzuwan telah menfailkan cerai terhadap suaminya yang juga lelaki Inggeris, Gavin Edward.

Setelah lama mendiamkan diri termasuk kepada media, Serina akhirnya membuka mulut menerusi laman Instagramnya beberapa jam lalu.

Menurutnya, dia tidak berminat mensensasikan masalah rumah tangganya termasuk mendedahkan punca penceraian mereka kerana berpendapat perkara itu terlalu sensitif untuk dikongsi.

Bagaimanapun, jelasnya, dia sudah berusaha sepenuh hati untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina.

“Banyak sangat berita keluar mengenai rumah tangga saya kebelakangan ini. Saya sebenarnya tak berminat nak sensasikan rumah tangga kami. Sebab itu saya hanya berdiam diri.

“Tidak ada insan yang mendirikan masjid ingin merobohkannya. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga ini, malangnya banyak perkara yang terlalu sensitif dan tak boleh diceritakan menjadi punca.

“Hingga saya memfailkan perceraian. Apa yang kamu semua baca, menerusi Instagram papa saya dan apa yang Gavin jawab, realitinya hanya Serina yang tahu dan menanggungnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Serina tidak tindakan Chef Wan yang menulis kisah rumah tangganya kepada umum kerana berpendapat bapa  juga mempunyai hak untuk bersuara.

 “Papa juga ada hak bersuara kerana dia bapa saya. Saya harap tak perlu kita besarkan isu ini lagi. Janganlah melempar minyak pada apa yang sedang marak menyala.

“Biarlah mahkamah putuskan apa yang terbaik. Memang saya sangat sedih dan ‘down’. Apabila tengok anak dijemput dari sekolah, saya mesti menangis kerana senyuman mereka tak pernah lekang. Mereka masih kecil dan tak tahu apa yang berlaku.

“Saya tak nak mereka trauma nanti apabila baca pelbagai komen. Doakan semua selesai dengan baik. “Terima kasih kepada yang menyokong dan pihak juga. Saya minta maaf tak dapat nak jawab panggilan dan soalan bertubi-tubi. Harap apa yang saya kongsi secara rasmi di Instagram ini dapat membantu serba sedikit,” luahnya lagi.

Terdahulu, Chef Wan mendedahkan punca keruntuhan rumah tangga anaknya adalah kerana menantunya, Gavin tidak memberi nafkah kewangan.

Sementara, Gavin atau nama Islamnya,  Salahudin Ghafar menyatakan dia sentiasa menyediakan perbelanjaan keluarganya secukupnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Tristan Tareef dan Isabella Saffiya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: serina redzuawan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana Silap Dulu, Serina Mahu Wanita Ada Simpanan

13/05/2018
0

SEBAGAI satu langkah persediaan masa hadapan, pelakon Serina Redzuawan telah menasihati semua golongan wanita supaya mengukuhkan ekonomi mereka sendiri sendiri....

Dihalang Jumpa Anak, Serina Dedah Sikap Bekas Suami

20/03/2018
0

ANAK perempuan kepada Chef Wan iaitu Serina Redzuawan meluahkan rasa terkilan apabila bekas suaminya, Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O'Luanaigh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd