• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ancaman Bom Palsu Berhampiran Wisma Bernama

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan bungkusan yang ditemui berserta satu nota ugutan di sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama di Jalan 1/65 A, Off Jalan Tun Razak di sini, hari ini, bukan bom.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt. Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mendapati bungkusan kain batik itu hanya mengandungi sebotol minyak masak.

“Negatif (bukan bom),” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini mengenai bungkusan itu.

Pada 8.03 malam, Unit Pemusnah Bom itu memusnahkan bungkusan berkenaan dengan alat pemusnah selepas selesai melakukan siasatan menyeluruh di kawasan itu.

Unit berkenaan tiba di lokasi bersama-sama dengan Unit Anjing Pengesan IPK Kuala Lumpur pada 7.22 malam dengan enam anggota selepas menerima panggilan kecemasan daripada Unit Keselamatan Bernama.

Ancaman Bom Palsu Berhampiran Wisma Bernama
Sumber Foto: Sinar Harian

Kira-kira 7.30 petang, dua ekor anjing pengesan di bawa ke lokasi penemuan bungkusan itu namun tiada tindak balas yang menunjukkan objek itu bom.

Bernama difahamkan sekiranya objek itu bom atau bahan letupan, anjing berkenaan akan mendekati objek tersebut.

Petang tadi, kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) gempar dengan penemuan bungkusan itu yang diletakkan di bawah sebatang pokok berhampiran kawasan letak kenderaan Wisma Bernama.

Bungkusan itu, yang dibaluti kain batik, disertakan dengan sekeping nota ugutan terhadap dua agensi kerajaan.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi memberitahu bahawa enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa diarah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada Bernama pada 5.33 petang.

Sementara itu, Ketua Syif Pengawal Keselamatan Bernama, Azahar Fathal, 49, berkata beliau dimaklumkan mengenai bungkusan itu daripada seorang petugas pembersihan pada 4.50 petang sebelum beliau ke lokasi berkenaan.

“Saya dapati ada satu bungkusan kain batik dan nota ugutan diletakkan di bawah sebatang pokok dekat tempat letak kereta Wisma Bernama,” katanya.

Selepas itu, beliau memeriksa rakaman kamera litar tertutup bagi melihat pergerakan di Jalan 1/65 A bagi tempoh awal pagi hingga petang tadi.

Beliau kemudian menghubungi pihak polis dan Balai Bomba dan Penyelamat berkenaan. – BERNAMA

Tags: Ancaman BomBernama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

Ahli Parlimen Cadang BERNAMA Diperkasa, Jadi Suara Malaysia Di Peringkat Global

26/02/2025
1

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen mencadangkan supaya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) diperkasa sehingga menjadi agensi berita global dan suara Malaysia...

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

Polis Sahkan Terima Laporan Ancaman Bom Di Menara MBJB

12/02/2024
0

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di Johor Bahru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd