• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Kaji Ekstradisi Anggota Abu Sayyaf Ke Malaysia

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan mengkaji keperluan meminta kerajaan Filipina mengekstradisi beberapa anggota Abu Sayyaf untuk dihadapkan ke mahkamah di sini atas pertuduhan menculik di negara ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas beberapa anggota kumpulan militan tersebut dan beliau difahamkan ada di kalangan mereka yang dikehendaki Malaysia kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Filipina.

“Ada beberapa pemimpin Abu Sayyaf telah kita keluarkan waran tangkap. Ada yang ditangkap oleh pihak berkuasa Filipina dan ada yang menyerah diri (kepada pihak berkuasa Filipina).

“Kita sedang mengkaji kes yang berlaku di negara kita membabitkan anggota Abu Sayyaf ini sama ada kita akan memohon mereka diekstradisi ke sini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Syarahan Perdana Program CEO@Faculty di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini.

Khalid turut memberitahu keadaan keselamatan di pantai timur Sabah terkawal berikutan tindakan agresif Malaysia dan Filipina dalam membanteras jenayah rentas sempadan.

“Kita akan teruskan tekanan di pihak sebelah negara kita dengan mempertingkatkan kehadiran pasukan keselamatan di sempadan untuk memastikan tidak ada yang cuba menyusup masuk ke negara kita.

“Kita juga mengharapkan tindakan agresif oleh pihak berkuasa Filipina dan kita sentiasa bekerjasama dengan mereka, khususnya dari segi membekalkan maklumat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata PDRM telah memohon kepada kerajaan Sabah untuk mengharamkan kumpulan Milah Abraham daripada menjalankan aktiviti di negeri ini yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Buat masa sekarang ini, PDRM belum boleh membuat sebarang tangkapan pengikut Milah Abraham di Sabah kerana pihak kerajaan negeri belum mengharamkan kumpulan ajaran sesat ini.

“Pengharamannya di setiap negeri terletak di bawah enakmen tertentu yang diperuntukkan oleh negeri-negeri dan PDRM telahpun memohon pengharamannya melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang akan dibawa kepada pertimbangan Yang Dipertua Negeri,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: abu sayyafTan Sri Khalid Abu Bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Mangsa Culik Abu Sayyaf Terbunuh Di Sulu

30/09/2020
0

LAHAD DATU - Seorang nelayan warga Indonesia dikenali sebagai Laa Baa yang diculik bersama empat yang lain oleh kumpulan Abu...

Indonesia Gelar Malaysia ‘Tak Efektif’ Tangani Kes Culik Nelayan

21/01/2020
0

JAKARTA - Kerajaan Indonesia menggelarkan pihak berkuasa Malaysia “tidak efektif” susulan penculikan lima nelayan Indonesia minggu lepas di perairan luar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd