• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Bawa Dadah, Berhibur Di Danok Membimbangkan

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Trend remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi membawa dadah sintetik dipercayai untuk ‘berhibur’ di pekan kecil Danok, Selatan Thailand adalah membimbangkan.

Komander Agensi Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia (Aksem) Kedah Abdul Latif Abd Rahman berkata berdasarkan statistik yang direkodkan pihaknya mendapati 99 peratus rampasan berkaitan dadah dilakukan oleh remaja seawal usia 19 hingga 30 tahun.

“Kebanyakan mereka ditahan ketika cuba membawa masuk dadah sintetik seperti syabu dan erimin ke sebelah Danok dan kita percaya ia digunakan oleh mereka sendiri atau dibekalkan untuk rakan-rakan mereka yang menunggu di sana,” katanya kepada Bernama.

Katanya beliau melihat trend tersebut membimbangkan memandangkan kebanyakan remaja berkenaan yang juga terdiri daripada penuntut institut pengajian tinggi dan kolej sekitar Jitra begitu mudah ‘melangkah masuk’ ke pekan yang tidak sampai satu kilometer pun dari sempadan negara itu.

“Bayangkan dengan hanya RM10 mereka boleh memperoleh pas sempadan dan bermalam di Danok untuk berhibur dan untuk tujuan lain,” katanya.

Abdul Latif berkata, kebiasaannya remaja terlibat akan bergerak secara individu menggunakan motosikal pada sebelah malam dan menyembunyikan dadah pada kaki menggunakan pita pelekat atau diletakkan di bahagian bawah tempat duduk.

Pada tahun ini, sehingga Mac sahaja Aksem Kedah merekodkan RM25,350 nilai rampasan dadah dan hampir keseluruhannya membabitkan remaja.

Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kedah Mohammad Nazer Mustafa yang mengakui perkara itu berkata, berdasarkan kepada operasi bersepadu yang dilakukan sebelum ini, golongan muda paling banyak berkunjung ke Danok pada hujung minggu.

“Mereka akan bermalam di Danok memandangkan banyak pusat hiburan di sana dan keluar pada awal pagi ketika pintu sempadan dibuka. Kebanyakan mereka ini masih lagi belajar,” katanya.

Sebanyak 105 kes positif dadah dalam kalangan pelajar sekolah dicatatkan sehingga Mac tahun ini, berbanding 344 pada tahun lalu dan 374 (2015).

Penggunaan dadah sintetik memang popular dalam kalangan remaja ketika ini apabila 90 peratus daripada kes yang dicatatkan membabitkan pengambilan syabu, katanya. -BERNAMA

Tags: AKSEM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksem Di Bawah PDRM Mampu Sekat Pencerobohan Lebih Efisien

25/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Langkah meletakkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menyekat pencerobohan masuk...

Aksem Kedah Rampas Rokok Dan Minuman Keras Hampir RM1.5 Juta

21/10/2018
0

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kedah merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras tanpa lulus kastam hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd