• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kegiatan Dadah: Polis Kedah Kenal Pasti 15 Sekolah

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis mengenal pasti 15 sekolah di sekitar Kedah yang pelajarnya terlibat dalam kegiatan mengedar dan menggunakan dadah.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata pihaknya sedang dalam proses menangani kegiatan jenayah itu di sekolah di beberapa daerah termasuk Kota Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Padang Terap.

“Hasil tangkapan sebelum ini melibatkan pelajar sekolah. Di sini kita dapati ada antara mereka yang mengambil dan mengedar dadah terutamanya jenis syabu dan ketum kerana ia mudah didapati.

“Kita ingin ‘mencuci’ sekolah-sekolah yang telah dikenal pasti ini yang mana melibatkan hampir 100 pelajar kerana bimbang kegiatan ini akan terus berleluasa melalui aktiviti merekrut lebih ramai pelajar sekolah,” katanya selepas Program Derma Darah Bersempena Peringatan Hari Polis Ke-210 di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini hari ini.

Pada program tersebut, Asri turut melawat dan menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada kira-kira 80 pesakit di hospital berkenaan.

Asri berkata pihaknya telah menghasilkan sebuah video dokumentari berkaitan jenayah dadah dalam bentuk VCD untuk diagihkan kepada setiap anggota Parlimen dan sekolah di seluruh Kedah sebagai usaha untuk membanteras jenayah dadah.

“VCD ini mengandungi dokumentari mengenai dadah seperti bekas penagih menceritakan kesan buruk pengambilan dadah. Pada peringkat awal, 1,000 keping VCD akan diagihkan.

“Pada 30 April ini juga, satu program bersama anggota parlimen akan diadakan bagi membincangkan masalah dadah yang berlaku di kawasan masing-masing dan mereka akan turut diberi VCD terbabit,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Asri berkata indeks jenayah di Kedah mencatat penurunan 5.65 peratus bagi tempoh Januari hingga 15 April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Katanya, sepanjang tempoh itu 1,938 kes jenayah dicatatkan di negeri ini berbanding 2,054 kes dalam tempoh sama tahun lepas. – BERNAMA

Tags: dadahpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd