• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rita Rudaini Tak Kisah Hidup Bermadu

oleh AK-47
17/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan Rita Rudaini layak diberikan gelaran ibu tunggal hot oleh para peminatnya.

Masakan tidak, lihatlah sahaja kejelitaan dan kelangsingan tubuh badannya yang sering menjadi dambaan para wanita di luar sana.

Baru-baru ini nama pengusaha Rumah Kueh ini terpalit dengan kontroversi apabila Rita didakwa mempunyai hubungan dengan pelakon dan penyanyi Aqasha, sehinggakan keluar gosip mengatakan mereka sudah bernikah di negara jiran.

Menjawab mengenai dakwaan itu, Rita menafikan dirinya seorang anti-poligami sebaliknya menyifatkan kehidupan bermadu dan merampas suami orang lain adalah dua perkara berbeza yang perlu difahami masyarakat umum.

Rita menjelaskan, “Saya tidak pernah cakap anti-poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang.

“Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah.

“Sedangkan dalam agama sendiri dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan tertentu, kenapa pandang keji?

“Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, semalam.

Rita dikaitkan dengan Aqasha selepas mereka dipertemukan dalam drama Misi Laksa dan Laksam baru-baru ini.

Nama Rita menjadi perhatian selepas isteri Aqasha, Baizura Sabri memuat naik satu posting di laman Instagram mendakwa seorang pelakon popular cuba menggoda dan mendekati suaminya selepas kedua-duanya mula rapat dalam satu pembikinan drama.

Baca: Rita Jadi Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Aqasha?

Pernah dua kali melalui fasa keretakkan rumah tangga, Rita menerusi perkahwinannya dengan pemain JDT, Aidil Zafuan, dia dikurniakan dua cahaya mata lelaki Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Rafqa Arjuna, 6 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AqashaRita Rudainiselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

Azhar Sulaiman, Adi Putra Ucap Tahniah Kepada Bangsa Johor

11/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 turut menerima perhatian beberapa...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd