• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Mengandung Meninggal Kerana H1N1

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menggesahkan seorang wanita mengandung meninggal dunia akibat virus Influenza A H1N1 sepertimana yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr. Mohammad Omar berkata wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 7 April setelah seminggu demam dan meninggal dunia pada 13 April.

“Antara golongan berisiko tinggi dijangkiti virus itu ialah ibu mengandung selain kanak-kanak, warga tua, dan mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis (diabetes),” katanya pada sidang media, di sini, malam tadi.

Beliau berkata masyarakat tidak perlu panik tentang virus berkenaan kerana bermula 2013 penyakit itu tiada lagi keperluan dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan kerana ia telah dikategorikan sebagai influenza bermusim.

“Ini kerana virus tersebut telah dikategorikan sebagai selesema biasa… kemungkinan bila ada orang kena selesema sekarang, dia mungkin turut terkena H1N1 jika ada komplikasi..

“Di Malaysia sebelum 2013 hanya 27 kes sahaja iaitu di Sarawak dan kini di HSNZ sebanyak 10 kes setiap bulan yang disyaki ada virus tersebut..dan kebanyakan daripada mereka yang terkena virus ini boleh pulih seperti biasa jika terus dirujuk kepada pakar,” katanya.

Katanya mereka yang mempunyai simptom penyakit itu perlu segera ke hospital dan dinasihat tidak bercampur dengan orang luar, tidak pergi ke tempat terbuka dan perlu memakai topeng muka jika berada di tempat awam. – BERNAMA

Tags: H1N1ibu mengandung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Hamil, Menyusu Anak Diberi Vaksin Tertentu

02/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ibu mengandung dan menyusukan anak boleh mengemas kini butiran status masing-masing pada aplikasi MySejahtera. Menteri Penyelaras Program...

Kematian COVID-19 10 Kali Ganda Berbanding H1N1 – WHO

14/04/2020
0

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan, kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah menyebabkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd