• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Cuba ‘Menetek’ Adik Agar Berhenti Menangis

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang kanak-kanak lelaki dirakam cuba mententeramkan adiknya yang menangis dengan menyusukannya.

Kejadian melucukan itu berlaku selepas si abang puas menepuk kepala adiknya supaya berhenti menangis, tetapi gagal.

Mungkin teringatkan cara yang selalu dilakukan ibu mereka, si abang mengangkat bajunya dan menghalakan dadanya ke arah adiknya yang baru berusia tujuh minggu itu.

Apabila bayi berkenaan masih enggan berhenti menangis, abangnya dilihat mendekatkan lagi dirinya ke mukanya supaya dia boleh menyusukan adiknya.

Kejadian itu dirakam oleh ibu mereka, Vanessa Thompson di kediaman keluarga itu di Tonawanda, New York.

Dalam rakaman video itu, Vanessa kedengaran ketawa melihat gelagat anak lelakinya.

Menurut Vanessa, anak lelakinya sering melihat dia menyusukan adiknya dan dia cuba meniru tindakannya bagi menteramkan adiknya.

“Saya dan suami mempunyai empat anak lelaki. Kami memperoleh anak perempuan tujuh minggu lalu.

“Anak lelaki kami yang berusia dua tahun memang amat prihatin dan sering meniru apa yang kami lakukan.

“Dia cuba mententeramkan adiknya, mula dengan menciumnya sebelum menepuknya. Bila adiknya tidak berhenti menangis, dia cuba menyusukannya,” kata Vanessa.

Video berkenaan dimuat naik ke Facebook oleh Vanessa beberapa hari lalu dan sejak itu mencatatkan lebih lima juta tontonan. – Agensi/myMetro Online

Tags: adik-beradikbayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd