• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Petrol, Diesel Dijangka Terus Turun – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Harga minyak dunia dijangka terus turun sehingga Januari depan berdasarkan trend penurunan dalam tempoh minggu pertama Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, maklumat yang diperoleh menunjukkan purata harga mingguan minyak dunia menurun dan memungkinkan bahan api jenis RON97, RON95 dan diesel di negara ini diruncitkan pada harga yang lebih rendah.

“Mengikut trend seminggu ini, RON95 akan turun lagi, RON97 akan turun lagi, diesel mungkin akan turun lagi daripada RM2.23 sekarang,” katanya selepas memberi taklimat berhubung Bajet 2015 di sini, Isnin.Katanya, rakyat sepatutnya telah memperoleh manfaat daripada kejatuhan harga minyak jika komuniti perniagaan mengambil langkah susulan untuk menurunkan harga barangan keperluan.

“Rakyat di luar sana menanti. (Apabila harga) minyak naik (komuniti peniaga) terus naik (harga barangan). (Apabila) minyak turun, (harga barangan) tak turun turun (lagi),” katanya.

Ahmad berkata, penurunan harga RON97 telah menyebabkan peningkatan permintaan yang mendadak terhadap minyak itu di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujud pihak tertentu yang cuba membeli minyak tersebut dalam jumlah yang banyak untuk tujuan disimpan dan dijual semula sekiranya harga meningkat pada masa depan.

Menurutnya berikutan pengumuman penurunan harga minyak itu pada 1 Disember lepas, permintaan untuk petrol RON97 di negara ini telah meningkat sebanyak lima kali ganda.

Sementara itu, Ahmad berkata, sehingga hari ini, sebanyak 188,596 buah syarikat di seluruh negara telah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Berdasarkan jumlah purata harian syarikat yang mendaftar, katanya beliau yakin jumlah keseluruhan pendaftaran untuk tahun ini akan mengatasi jumlah sasaran 220,000 buah syarikat yang ditetapkan sebelum ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanPetrol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd