• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latihan Kemahiran Anak Autisme Lepasan Sekolah

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ibu bapa yang mempunyai anak autisme sentiasa memikirkan cara untuk membantu anak istimewa itu membina kehidupan mereka sendiri.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme berjaya menamatkan pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah, mereka yang melangkah ke universiti atau memasuki alam pekerjaan amat sedikit.

Presiden Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Datuk Megat Ahmad Sharuni Megat Shahrudin berkata selepas menamatkan persekolahan, kebanyakan anak-anak autisme masih bergantung kepada ibu bapa atau ahli keluarga mereka.

“Ia dapat difahami mengapa mereka tidak akan mencuba dan mencari pekerjaan kerana mereka tidak mungkin kekal dalam satu-satu pekerjaan kerana ciri-ciri berkaitan autisme dan tidak ada latihan kemahiran,” katanya.

Namun, terima kasih kepada usaha berterusan Nasom kepada golongan autisme yang akhirnya dapat melihat cahaya di hujung lorong.

Satu program perintis yang menawarkan latihan kemahiran teknikal dan vokasional untuk lepasan sekolah kepada golongan istimewa ini sedang dipertimbangkan Kementerian Belia dan Sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya selepas The Rock Walk for Autism di sini pada Sabtu berkata beliau telah mengarahkan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk bekerjasama dengan Nasom mengenai penstrukturan program tersebut.

“Buat masa ini persoalan besar adalah apa akan berlaku selepas sekolah, jadi idea ini untuk menyediakan mereka dengan latihan kemahiran.

“Saya meminta IKBN untuk berbincang dengan Nasom dan membangunkan program perintis untuk kanak-kanak dari gimnasium We Rock The Spectrum untuk mempelajari kemahiran vokasional,” katanya.

Gimnasium We Rock The Spectrum di Evolve Concept Mall merupakan sebuah pusat permainan tertutup untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.

Khairy berkata maklumat mengenai projek perintis itu masih belum dimuktamadkan tetapi beliau yakin ia merupakan langkah utama yang tepat. – The Star/mStar Online

Tags: autismeibu-bapa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

Autisme Di Malaysia: Dari Kesedaran Ke Tanggungjawab Bersama

02/04/2026
0

Sambutan Global yang Semakin Bermakna Setiap 2 April, dunia memperingati Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang telah diisytiharkan oleh United Nations...

Autisme Tidak Halang Aziq Raih 8A Dalam SPM

Autisme Tidak Halang Aziq Raih 8A Dalam SPM

08/06/2023
0

KUANTAN: Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK), Muhammad Aziq Asri, membuktikan kekurangan dirinya bukan penghalang mencapai kecemerlangan dalam keputusan Sijil Pelajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd