• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pemancing Hilang Sejak Khamis Ditemui Selamat

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Tiga pemancing yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Sepanggar, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum, dekat sini sejak Khamis (13 April) lepas ditemui selamat malam tadi.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata mangsa Mohd Wapie Said, 34, Amsiran Mijan, 55, dan Malik Awang, 40, dijumpai oleh sebuah bot pelancong sekitar perairan Pulau Tiga dan mereka dihantar ke rumah keluarga saudara-mara mereka di Pulau Gaya sebelum bertolak ke Kota Kinabalu tengah malam tadi.

“Sebelum itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dimaklumkan sekitar 2.38 petang 14 April oleh keluarga mangsa, mereka (mangsa) berada di sekitar Pulau Tiga sedang mendayung dan dalam keadaan keletihan serta kelaparan.

“Mangsa memaklumkan (keluarga mereka melalui panggilan telefon bimbit) berada di sebelah matahari terbenam lebih kurang 20 batu nautika barat Pulau Tiga dan ternampak sebuah kapal besar serta pesawat terbang rendah. Setelah itu, mangsa tidak dapat dihubungi sehingga 4.45 petang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Susulan penemuan mangsa tersebut, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat tamat 1.15 pagi tadi selepas mendapat pengesahan penemuan mangsa oleh Balai Polis Pulau Gaya.

Tiga mangsa tersebut dilaporkan keluar memancing pada 7 pagi, Khamis lepas dengan menaiki sebuah bot gentian kaca berwarna putih berukuran kira-kira lima meter dan sepatutnya pulang pada 9 malam pada hari kejadian. – BERNAMA

Tags: PemancingPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

Pemancing Dakwa Dirompak 4 Lelaki Berpakaian Celoreng Tentera

22/12/2024
0

Semporna : Tiga pemancing berdepan detik cemas apabila dirompak empat lelaki berpakaian celoreng tentera di kawasan perairan antara Pulau Boheyan...

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

Polis Marin Rampas Kapal Korek Pasir Berdaftar Di Mongolia

21/03/2023
0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menyita sebuah kapal korek yang didapati digunakan untuk mencuri pasir di perairan Pulau Usukan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd