• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pontianak’ Bunuh Kanak-Kanak Waktu Siang

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHANNESBURG – Seorang pembunuh ‘pontianak’ mengelar leher seorang budak lelaki sebelum minum darahnya di tengah jalan dalam kejadian dipercayai satu ritual di Afrika Selatan.

Tinyiko Reckson (gambar) sedang bermain dengan rakan di luar rumahnya di Soweto apabila seorang lelaki berpakaian keagamaan tiba-tiba menarik dan menikam lehernya tiga kali sebelum melutut dan hirup darah mangsa.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berang lalu merampas pisau dipegang suspek berusia 21 tahun itu sebelum membelasahnya. Ketika itu wajah suspek masih dipenuhi darah.

Polis yang dikejarkan ke tempat kejadian sempat menyelamatkan suspek daripada dibelasah mati manakala paramedik berusaha menyelamatkan kanak-kanak berusia lima tahun itu.

“Orang gila tersebut berpakaian seperti orang gereja dan kami mengesyaki ia pembunuhan untuk tujuan ritual tertentu,” kata seorang saksi.

Saksi lain, Lipolelo Boboke, 34, berkata: “Saya terdengar jeritan Tinyiko dan melihat lelaki itu menikamnya tiga kali di leher sebelum duduk di atasnya.

“Selepas menghirup darahnya, dia duduk termenung di atas mangsa.”

Seorang lagi saksi, Andries Ndlovu, 30, menyuarakan kemarahan dengan kejadian itu.

“Kanak-kanak sepatutnya bebas bermain di luar, sebaliknya ada ‘pontianak’ yang mahu menghirup darah mereka walaupun pada waktu siang,” katanya. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: kanak-kanakkes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd