• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKIMfm Rakam Forum Bicara Ad-Din Di Makkah Sempena Haji

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – IKIMfm, stesen radio berkonsepkan pendekatan Islam Malaysia, turut merakamkan program ‘Forum Bicara Ad-Din’ di sini sempena ibadah haji musim 1435 Hijrah dengan para panelisnya terdiri daripada pakar agama bahagian bimbingan Tabung Haji (TH).

Penerbit program tersebut Syafiq Zulkafli berkata sebanyak empat episod  program yang memakan masa selama 40 minit yang menyentuh mengenai haji akan dirakamkan di sini untuk siaran setiap Ahad jam 9 malam di Malaysia.

Untuk episod pertama, forum yang bertajuk ‘Menghayati Makna Haji’ dengan panelis yang terdiri daripada Pengurus Bimbingan Haji 1435, Shahrul Azam Norzeli dan pengarah operasi bimbingan Haji 1435, Tengku Aziz Raja Abdullah telah dirakam di sini pada Jumaat, katanya kepada Bernama di sini Jumaat.

Beliau juga berkata tiga lagi episod akan dirakamkan dengan topik ‘Dhuyufurrahman bukan sekadar tetami Illahi’, ‘Haji kembali kepada Allah’ dan ‘Mencari Haji Mabrur.’

Syafiq berkata ini adalah program pertama kali diadakan di Tanah Suci sempena musim haji.

Beliau berkata tujuannya mengadakan program ini di sini adalah bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia turut sama merasai suasana musim haji bersama-sama jemaah haji.

Selain itu dari Isnin hingga Jumaat, Syafiq akan turut menghantar laporan perkembangan jemaah haji di sini dalam program ‘Haji 1435H/2014M’ yang disiarkan sejak 27 Ogos hingga 7 Okt pada jam 8.15 pagi untuk tempoh selama lima minit.

Bagi Syafiq, ini adalah kali kedua beliau menyertai pasukan media Tabung Haji sempena musim haji, dengan pertama kali pada musim haji 2011. – BERNAMA

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd