• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90% Produk Toyo Tyre Malaysia Untuk Eksport

oleh AK-47
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Kilang pengeluar tayar terbesar di Perak, Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd, mengeksport 90 peratus produk itu manakala baki 10 peratus bagi pasaran tempatan.

Presiden dan Pengarah Urusannya Mike Toh Poh Keong berkata kebanyakan tayar keluaran syarikat itu digunakan kenderaan Honda, Toyota, Nissan, Mazda dan Isuzu.

“Kemudahan kilang di sini mengeluarkan kira-kira 350,000 tayar pelbagai saiz sebulan dan kira-kira 4 juta tayar dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai projek kutipan dana kebajikan ‘Green of Charity’ di kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Kamunting Raya, Kamunting, dekat sini hari ini.

Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd ditubuhkan di Taiping pada 12 April 2011 susulan pengambilalihan oleh Silverstone Berhad.

Beroperasi pada 8 Mei 2013, kilang berharga RM800 juta di kawasan seluas 355.2 hektar itu mengeluarkan tayar berkualiti tinggi bertaraf dunia untuk pelbagai jenis kenderaan.

Mengulas projek ‘Green of Charity’ itu, Mike berkata ia membabitkan aktiviti penjualan semula barangan buangan atau terpakai milik syarikat.

“Barangan lupus itu seperti besi, plastik, getah, kertas dan bateri yang bertujuan mengumpul dana untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagi tahun ini, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM100,000.

“Kami melaksanakan projek tersebut sejak 30 Sept 2016 dan telah memberi bantuan sebanyak RM40,000 bagi pembinaan bilik darjah di sebuah sekolah tahfiz di Kamunting,” katanya. – BERNAMA

Tags: Toyo Tyre
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd