• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCOM Patah Lima Cubaan Culik Di Sabah

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lahad Datu – Lima cubaan penculikan terancang di sepanjang perairan pantai timur di sini berjaya dipatahkan dalam tempoh lima bulan sejak Julai lalu.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Abdul Rashid Harun berkata, ia kejayaan terbesar selepas penstrukturan semula entiti itu pada 15 Julai lalu.

“Sepanjang penstrukturan baru itu, tidak ada kes penculikan terbaru dilaporkan berlaku di kawasan pantai timur negeri ini.

“Kini ESSCOM memberi tumpuan kepada memerangi aktiviti penyeludupan yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan aktiviti penculikan dan jenayah rentas sempadan,” katanya di sini, sebentar tadi.

Tambahnya, bermula tahun depan ESSCOM akan bertindak lebih agresif melalui penambahan aset baru selain pembaikpulihan aset sedia ada. – myMetro Online

Tags: Esscom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd