• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga-M Ditangguh Jika Masih Enggan Lepas Pemain B-23

oleh AK-47
13/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempunyai cara lain selain menangguhkan beberapa perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) pada bulan Julai dan Ogos ini sekiranya pasukan dan kelab masih enggan melepaskan pemain skuad 23 tahun negara (B-23).

Pengurus pasukan B-23, Datuk Wira Yusoff Mahadi bagaimanapun berkata keputusan hanya akan diambil selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan terbabit minggu hadapan.

Skuad B-23 negara dijangka akan mengadakan latihan selama sebulan di luar negara pada bulan Ramadan ini sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Kelayakan AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) B-23 2018 bermula 19-23 Julai di Bangkok dan Sukan SEA Kuala Lumpur bermula 15-30 Ogos.

“Kita masih mencari penyelesaian terbaik untuk masalah ini. Jika pasukan tidak mahu melepaskan pemain, kita terpaksa membuat pindaan jadual Liga-M yang melibatkan beberapa perlawanan Liga Super, Liga Perdana dan Piala Malaysia untuk beri ruang kepada pemain membuat persediaan.

“Tetapi ini akan menyebabkan liga diheret sehingga bulan Disember berbanding jadual asal pada hujung Oktober, sekali gus menyebabkan pasukan kekurangan masa untuk persediaan pramusim kerana musim 2018 akan bermula hujung Januari,” katanya kepada Bernama.

Media hari ini melaporkan bahawa beberapa pasukan dan kelab Liga-M tidak rela untuk melepaskan pemain mereka bagi membuat persediaan untuk kedua-dua kejohanan itu.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM bagaimanapun berharap pasukan negeri dan kelab yang terlibat akan melepaskan pemain untuk mengikuti latihan intensif di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee supaya perjalanan liga dan juga persediaan Sukan SEA tidak terjejas.

“Mungkin mereka berasa agak keberatan kerana mungkin ada sebanyak tiga atau empat pemain yang terlibat. Buat masa ini sebanyak senarai panjang 40 pemain disenarai panjang, tetapi dalam masa terdekat kita akan senarai pendek sebanyak 30 pemain sebelum memilih 25 pemain sebelum latihan di luar negara.

“Kita sebenarnya menghadapi kekangan masa kerana hanya mempunyai sebulan lebih sahaja untuk latih dan bentuk pemain bersama. Pada bulan puasa kita mungkin akan ke Australia dan tidak dapat ke Korea Selatan kerana mereka ada perancangan lain,” katanya.

Bagi Kelayakan Kejohanan AFC B-23, Malaysia diundi dalam Kumpulan H bersama tuan rumah kumpulan tersebut Thailand, Indonesia dan Mongolia untuk merebut slot ke pusingan akhir kejohanan di China dari 9-27 Jan tahun depan.

Malaysia perlu mempamerkan prestasi memberangsangkan ke atas kedua-dua jaguh Asia Tenggara itu kerana hanya 20 daripada 40 pasukan akan layak ke pusingan akhir, iaitu 10 juara kumpulan dan lima naib juara terbaik serta tuan rumah China. – BERNAMA

Tags: FAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd