• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Didakwa Hina Kerajaan, PM Serta Isteri

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi dua pertuduhan memuat naik komen jelik dan menghina kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menerusi aplikasi Facebook, dua minggu lepas.

Kum Eng Choon, 48, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun profil ‘Kum Dage’ dengan secara sedar membuat serta memulakan penghantaran komunikasi komen yang jelik.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Media 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama memperuntukan hukuman denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengedarkan kenyataan sama melalui akaun Facebook sama dengan niat menyebabkan kegentaran kepada orang awam supaya terdorong melakukan suatu kesalahan terhadap ketenteraman awam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks Campbell Jalan Dang Wangi di sini pada 11.16 pagi, 5 April lepas.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan jaminan RM5,000 bagi pertuduhan pertama dan tidak menawarkan jaminan bagi pertuduhan kedua, manakala tertuduh yang diwakili peguam Guok Ngek Seong merayu jaminan RM2,500 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin. Dia membayar jaminan itu.

Mahkamah menetap 24 Mei ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: hinapeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd