• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

273 Individu Ditahan Guna Kad Pengenalan Palsu

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan 273 individu kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau pengenalan milik orang lain sepanjang tahun lepas.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Yazid Ramli berkata kebanyakan mereka yang ditahan itu merupakan pekerja yang berasal dari Sabah dan bekerja di Perak, Pahang dan Johor.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati mereka berasal dari selatan Filipina, katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPN, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat.

Menurutnya, kesemua yang ditahan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau menggunakan kad pengenalan milik orang lain.

Sementara itu, Masir, dalam ucapannya, meluahkan rasa bangga dengan kejayaan JPN menyampaikan perkhidmatan kepada 9.52 juta pelanggan tahun lepas dan 2.3 juta pelanggan pada tiga bulan pertama tahun ini.

Selain pelanggan individu, JPN juga menyediakan perkhidmatan rujukan, semakan dan pengesahan identiti kepada 179 organisasi sektor awam dan swasta melibatkan 166.1 juta data sepanjang tahun lepas, katanya. – BERNAMA

Tags: JPNkad pengenalan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

JPN Nafi Beri Kad Pengenalan Kepada Warga Pakistan

25/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan dakwaan membabitkan beberapa warga Pakistan memperoleh kad pengenalan biru adalah aduan ditularkan semula....

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

Sindiket Warga Asing Guna Kad Pengenalan Warga Tempatan Tumpas

21/12/2024
0

JOHOR BAHRU - Satu sindiket warga asing yang bekerja menggunakan kad pengenalan warga tempatan berjaya ditumpaskan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd