• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamal, 9 Pengikut Didakwa Guna Kekerasan

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan sembilan pengikutnya dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas tuduhan menggunakan kekerasan dalam satu kejadian di Ampang Point, 13 November tahun lepas.

Jamal, 47, yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar bersama Reza Jamin, 37, Ariffin Abu Bakar, 47, Mohd Shabudin Abu Hassan, 47, Izzrul Idris, 32, Hasannen Zikri Harizan, 24, Mohd Faiz Amirul Mahsan, 22, Mohd Yusoff Mohd Sharif, 26, Abd Razak Hassan, 29, dan R. Balaguru, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka sebagai anggota satu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam bangunan pusat beli-belah Ampang Point, Ampang Jaya pada 4 petang, 13 November 2016 mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kesemua mereka juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu bertindak agresif dengan cara merempuh halangan pihak polis bagi tujuan membangkitkan kemarahan dan mengganggu keamanan pada masa dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Peguam Izzat Zabir Sariff bagaimanapun memohon jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap kesemua anak guamnya atas alasan mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan kes.

“Mereka bukan dalam tahanan reman dan hadir di mahkamah hari ini dari rumah masing-masing. Ini menunjukkan mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya terhadap sistem perundangan di negara ini,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, pada 13 November tahun lepas, Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan Bersih 5.0 di pusat beli-belah Ampang Point sehingga dilaporkan berlaku perang mulut dan tolak menolak antara anggota kedua-dua kumpulan berkenaan.

Jamal yang mendakwa dia ditumbuk ketika bertembung dengan sekumpulan individu berbaju kuning yang mempunyai logo Bersih, di pusat beli-belah itu, kemudian bertindak membuat laporan polis. – BERNAMA

Tags: Datuk Jamal Md Yunosmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd