• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pahang Wartakan 32 Tapak Warisan – Exco

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang telah mewartakan 32 tapak warisan di seluruh negeri di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dalam usaha untuk memulihara nilai sejarah kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang pada 5 Okt 2016 dan setakat ini, proses pewartaan dimulakan dengan membuat carian rasmi di pejabat daerah dan tanah lokasi-lokasi tapak terlibat.

Mohd Sharkar berkata kelulusan itu susulan sesi taklimat oleh Jabatan Warisan Negara pada 12 Julai dan 17 Ogos 2016 yang memohon keizinan daripada pihak berkuasa Pahang untuk menetapkan 32 tapak wasisan tersebut.

“Jabatan Warisan Negara juga telah menerima permohonan tambahan daripada Pejabat Tanah dan Daerah Lipis pada 28 Dis 2016 untuk mewartakan 10 tapak warisan di daerah itu.

Permohonan itu sedang dalam kajian lanjut di Jabatan Warisan Negara sebelum diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak berkuasa Pahang bagi memohon keizinan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-13 di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mustapa Long (BN-Padang Tengku) yang ingin tahu tindakan dan usaha kerajaan negeri untuk mewartakan warisan negeri khususnya di Lipis, yang merupakan satu daripada ikon pelancongan Pahang.

Beliau juga menjelaskan bahawa daripada 32 tapak warisan itu, tujuh adalah di Lipis, namun senarai lengkap semua tapak warisan berkenaan hanya akan dikemukakan pada sesi penggulungan sidang DUN kelak.

Dalam soalan tambahannya, Mustapa membangkitkan kebimbangannya terhadap kemungkinan warisan Stesen Keretapi Lipis yang berusia 100 tahun akan lenyap ekoran kerja pembesaran stesen itu selain turut memohon agar stesen itu diwartakan sebagai tapak warisan.

Mohd Sharkar berkata perkara itu perlu dibincangkan dengan Jabatan Warisan Negara dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Jabatan Warisan Negara sudah pasti mempunyai kriteria dan ciri-ciri sejarah yang perlu dipenuhi sebelum boleh diwartakan. Kita boleh minta KTMB supaya bangunan stesen itu dikekalkan dan dijaga atau dibina bangunan baharu dengan ciri sama dengan bangunan lama,” katanya.

Mohd Sharkar juga memberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited dalam memelihara warisan dan dan mempromosikan semua tapak warisan itu sebagai ikon pelancongan termasuk yang terletak di Lipis.

Antara tindakan yang diambil ialah penerbitan risalah dan melaksanakan promosi media cetak dan elektronik serta di media sosial termasuk membangunkan aplikasi ‘Visit Pahang’ oleh Tourism Pahang.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna telefon bimbit pintar sama ada Android atau Apple. Kandungannya memaparkan kawasan menarik, makanan tradisional dan aktiviti yang boleh dilakukan di destinasi pelancongan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PahangTapak Warisan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd