• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Olimpik Brazil: Segalanya Kini Tentang Rasuah

oleh Ahmad Albab
13/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ILTIZAM utama Sukan Olimpik ialah perpaduan. Fokusnya pula mencari jaguh dunia dalam ratusan acara dan ribuan pingat yang ditawarkan. Selebihnya, olimpik turut menjana ekonomi negara penganjurnya.

Apabila Brazil dipilih sebagai hos Olimpik 2016, sebaik berakhir Olimpik 2012, tumpuan dunia beralih ke Rio De Jeneiro. Berbilion wang Majlis Olimpik Dunia mengalir ke Brazil bagi membangunkan fasiliti sukan. Pelaburan yang diharap membantu menyemarakkan ekonomi negara yang pernah tersenarai antara 18 paling miskin di dunia.

Enam bulan menjelang Olimpik Rio De Jeneiro, peminat sukan gempar kerana Brazil dijangka tidak mampu menyiapkan fasiliti sukan termasuk kompleks utama pembukaan Sukan Olimpik.

Malah, pendedahan buruh kanak-kanak serta lokasi pembangunan sukan di sekitar bandaraya itu dipenuhi pelacur bawah umur – mencemarkan semangat olimpik dan matlamat membawa temasya sukan termasyhur itu ke Brazil.

Kini, bahang olimpik 2016 yang sudah berakhir terus menghantui Brazil. Seperti diduga – di mana wang mengalir – di situ rasuah berleluasa.

Semalam, hakim mengarahkan siasatan dijalankan ke atas hampir satu pertiga Kabinet Presiden Michel Temer.

Senarai individu yang berdepan siasatan itu termasuk lapan menteri dan Ketua Turus kepada Presiden Michel Temer, Datuk Bandar Rio de Janeiro ketika Olimpik berlangsung serta empat bekas presiden.

Mereka dinamakan oleh kakitangan syarikat pembinaan, Odebrecht yang mengaku telah membayar AS$1 bilion (RM4.4 bilion) dalam bentuk wang suapan.

Kesemua 108 nama individu yang didedahkan Hakim Mahkamah Agung, Edson Fachin dipercayai terlibat dalam rasuah dan penyelewengan terbesar untuk kepentingan ahli politik dan dana parti.

Ia turut menyenaraikan sejumlah nama bakal calon presiden pilihan raya 2018 termasuk Aecio Neves dan bekas Menteri Luar, Jose Serra.

Susulan pendedahan senarai nama itu, penduduk di Sao Paulo bertindak mengetuk periuk dan kuali sebagai tanda protes terhadap skandal rasuah politik itu.

Brazil tidak melangkah ke mana-mana selepas Olimpik 2016. Kini nampaknya sekadar mengingatkan dunia: Bahawa Sukan Olimpik ialah lubuk rasuah apabila hos diserahkan ke negara yang dipenuhi tangan yang serakah! – MYNEWSHUB.CC

Tags: BrazilOlimpikrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd