• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Rampas Kedudukan Selaku Pendahulu Liga Super

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Johor Darul Ta’zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan 3-2 pada aksi di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam ini, sekali gus merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super.

Kemenangan itu melonjakkan JDT dua anak tangga ke takhta liga selepas mengumpul 20 mata, mengetepikan Pahang dan Kedah yang masing-masing di kedudukan kedua dan ketiga dengan 19 mata.

Pada aksi malam ini, Kelantan bermula garang apabila penyerang importnya, Mohamad Ghaddar menghadiahkan gol pertama pada minit kelima perlawanan.

Kelantan terus menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila Mohamad Ghaddar melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua skuad The Red Warriors pada minit ke-15.

Kedudukan itu, bagaimanapun langsung tidak mematahkan semangat pemain JDT apabila berjaya menjaringkan gol pertama, hasil sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-20.

Pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Gabriel Migual Guerra untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29.

Pengadil Md Nazmi Nasaruddin menghadiahkan penalti kepada JDT selepas Khairul Fahmi bertindak mengasari Gonzalo Gabriel Cabrera dalam kotak penalti.

Seminit kemudian, JDT terus menambah derita pasukan Kelantan apabila Cabrera menjaringkan gol ketiga pasukan pelawat.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Mohammad Qayyum Marjoni Sabil dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas bertindak mengasari Guerra.

Kedudukan itu merencatkan percaturan Kelantan untuk kedudukan 2-3 berpihak kepada JDT kekal sehingga ke wisel penamat.

Aksi malam ini merupakan perlawanan tertunda antara kedua-dua pasukan yang sepatutnya berlangsung pada 4 Februari lepas. – BERNAMA

Tags: JDTLiga Super
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

Realm Of 12 Celebrations: JDT Raikan Gelaran Ke-12 Berturut-Turut Dalam Suasana Gilang-Gemilang

31/05/2026
0

ISKANDAR PUTERI, 31 Mei 2026 – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi membuktikan statusnya sebagai kuasa dominan bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd