• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Resepsi Mia Ahmad, Izham Tarmizi Di KL Dibatal

oleh AK-47
14/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA tanggal 22 Mac lalu, aktres Mia Ahmad sepatutnya melangsungkan majlis resepsi ketiganya yang dirancang di ibu kota.

Bagaimanapun, akibat kesibukan masa dan kepadatan jadual suami tercinta selaku penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mia memaklumkan terpaksa membatalkan majlis resepsi yang dirancang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu.

Mia memaklumkan perkara itu menerusi laman Instagramnya beserta ucapan mohon maaf kepada rakan-rakan atas pembatalan majlis tersebut.

Majlis Resepsi Mia Ahmad, Izham Tarmizi Di KL Dibatal
“Memang sejak awal lagi, majlis berkenaan sudah dirancang untuk diadakan di Kuala Lumpur. Namun, berikutan jadual suami yang terlalu padat, hasrat itu terpaksa dibatalkan.

“Jujur saya katakan, jadualnya memang tersangat padat. Kami memang tidak boleh nak selitkan apa-apa lagi. Akhirnya, kami terpaksa mempertimbangkan juga perkara itu.

“Walaupun tentunya saya rasa sedih kerana ada teman rapat di ibu kota, termasuk rakan media, kru produksi dan pengarah, yang tidak sempat datang ke majlis kahwin saya sebelum ini.

“Saya harap mereka dapat memahami kesulitan ini,” katanya seperti yang dipetik di BH Online.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Hati Perempuan ini akui serba salah namun terpaksa mengambil keputusan itu kerana enggan membebankan suaminya.

Susulan pembatalan majlis itu, Mia turut memohon maaf kepada pereka pelamin, RekaTemoor, pihak hotel dan pereka fesyen, Cosry serta Lynda Rahim, kerana terpaksa menghampakan mereka.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari lalu di Taiping Sentosa Villa, Perak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mia Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mia Ahmad Selamat Bersalin Anak Lelaki

28/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan bayi sulung lelaki pada pukul 11.15 pagi tadi di sebuah pusat perubatan...

Mia Ahmad, Suami Sambut Syawal Sederhana

13/06/2018
0

KETIKA sebilangan orang memilih untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah, berbeza pula bagi pelakon Mia Ahmad dan suami yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd