• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas 200 Ikan Ditangkap Guna Bom Ikan

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Kota Kinabalu merampas kira-kira 200 kilogram ikan pelbagai jenis dipercayai ditangkap menggunakan bom ikan awal pagi tadi.

Pengarah APMM Daerah Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata rampasan berkenaan dibuat kira-kira 0.2 batu nautika dari Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Turut dirampas dalam operasi 12.40 pagi itu ialah dua buah pump bot serta peralatan dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan.

“Semasa melakukan operasi bot ronda APMM telah mengesan bot terbabit yang tiada nombor pendaftaran di dalam keadaan mencurigakan. Semasa bot ronda APMM cuba menghampiri, tekong bot tersebut memecut laju menuju ke persisiran Kampung Pondo untuk melarikan diri dan meninggalkan pump bot mereka tersadai,” katanya.

Menurut Adam, tekong dan awak-awak bot berkenaan melarikan diri dengan terjun ke laut sebelum berenang ke kawasan cetek dan hilang di kawasan paya bakau.

Katanya APMM memandang serius aktiviti pengeboman ikan ini dan telah mengarahkan aset-aset di lapangan agar melakukan rondaan lebih kerap bagi mengekang aktiviti itu untuk memastikan ekosistem flora dan fauna di dasar laut sentiasa terpelihara.

Beliau berkata aktiviti bom ikan juga boleh mengundang bahaya kepada komuniti maritim lain khususnya mereka yang melakukan aktiviti penyelaman di laut. – BERNAMA

Tags: APMMBom Ikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd