• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Mei Rayuan Guru Berhubung Kertas Soalan UPSR Bocor

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan memutuskan bulan depan sama ada untuk memerintahkan seorang guru membela diri atau mengekalkan keputusan membebaskannya atas tuduhan memiliki secara tidak sah salinan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2015.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 9 Mei untuk menyampaikan keputusan kerana panel perlu lebih masa untuk meneliti perkara undang-undang dan penghujahan oleh kedua-dua pihak.

“Kes ini adalah sangat penting dan melibatkan isu-isu penting mengenai perkara undang-undang,” kata Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang melepas dan membebaskan L. Subbarau@ Kamalanathan, 37, daripada pertuduhan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri.

Ini adalah rayuan terakhir oleh phak pendakwaan kerana kes tersebut bermula dari Mahkamah Sesyen.

Jika Mahkamah Rayuan memihak kepada hujah pihak pendakwaan, maka Subbarau, guru sekolah jenis kebangsaan Tamil, dikehendaki membela diri, atau kekal dibebas daripada pertuduhan.

Subbarau menghadapi lima pertuduhan memiliki secara tidak sah kertas soalan UPSR bagi Matematik 035/1 dan Matematik 015/1; Bahasa Tamil-Pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-Penulisan 037; serta Sains 081 melalui telefon bimbit.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 8 malam pada 8 Sept dan 16 Sept 2014, di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban, Negeri Sembilan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah bahawa pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na’imah Ishak diberi kuasa untuk mengklasifikasikan soalan peperiksaan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau berkata, sebagai pegawai awam di bawah seksyen 16A OSA, beliau diberi kuasa untuk mengklasifikasikan dokumen.

“Dokumen tersebut adalah dokumen awam dan diterima sebagai bukti,” kata Awang Armadajaya.

Sijil adalah surat apppointment yang membolehkan pegawai awam menjadi pegawai atau orang yang diberi kuasa untuk mengklasifikasikan dokumen.

Beliau berkata setiausaha sulit kepada bekas Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberi keterangan di mahkamah berkata, Muhyiddin telah melihat sijil itu yang memberi kuasa kepada Na’imah untuk mengklasifikasi dokumen.

Peguam M. Kulasegaran, yang mewakili Subbarau, berkata Muhyiddin sepatuitnya dipanggil sebagai saksi pihak pendakwaan juntuk memberi keterangan menmgenai sijil tersebut yang membolehkan Na’imah untuk mengklasdifikasi dokumen di bawah OSA.

Beliau berkata Na’imah juga telah memberi keterangan yang bercanggah di mahkamah. – BERNAMA

Tags: Kertas Soalan UPSR Bocor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd