• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun ‘Sound’ Zed Zaidi

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi dilihat cukup terkesan dengan isu kontroversi melibatkan pengacara Singapura, Najip Ali yang didakwa menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah, Zed turut menyampaikan hasratnya kepada perdana menteri untuk mengkaji semula kemasukan artis luar terutama artis dari seberang tambak ke Malaysia.

Isu Najip Ali: Hafiz Hamidun 'Sound' Zed Zaidi
Zed Zaidi (tengah) bersama rakan artis ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 7 April lalu. – Foto mStar Online

Zed menulis twit tersebut menerusi laman mikro Twitternya, @rozaidijamil, “Saya rasa tiba masanya mengkaji balik kemasukan artis luar terutama artis Singapura ke Malaysia @NajibRazak @Khairykj @azwanbro @jamawijaafar.”

Tidak bersetuju dengan tindakan Zed, Hafiz Hamidun bertindak balas dengan berkicau, “Tak payahlah busuk hati bro. Orang dah minta maaf pun. Sudah-sudahlah.”

Kontroversi melibatkan Najip telah menyebabkan beliau menerima padah apabila telah dilucutkan ‘jawatan’ sebagai juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) di samping Datuk Rosyam Nor, Neelofa dan bintang jelita Indonesia, Luna Maya.

Tempat Najip kini digantikan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Nama Najip menjadi perhatian sejak minggu lalu apabila beliau didakwa menghina Najib menerusi satu rancangan tv Singapura, OK Chope! yang meminta pesertanya mengisi perkataan tertinggal dalam ayat “Najib slams _________ for threatening Malaysia’s progress”.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah ‘fake news’. Rancangan itu disiarkan pada 29 Mac lalu menerusi Channel 5 di Singapura.

Najip walau bagaimanapun telah membuat tuntutan maaf terbuka kepada Najib berikutan tidak sensitif apabila secara terbuka menjadikan pemimpin nombr satu Malaysia sebagai bahan jenaka pada minggu lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidunNajip AliselebritiZed Zaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan, Disiasat Kerana Berkhalwat

09/03/2024
0

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan satu pemeriksaan sudah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaannya di lokasi dua selebriti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd