• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tajuddin Minta Petani, Peniaga Sasar Pasaran Luar

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Petani dan peniaga kecil perlu melihat melangkaui sempadan dan melihat dunia sebagai pasaran baharu mereka, untuk beroleh kejayaan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pada masa ini majoriti petani hanya memperoleh pendapatan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

“Ada juga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500. Ini boleh berubah jika petani mengamalkan teknologi moden dalam pertanian mereka yang akan meningkatkan pengeluaran,” katanya kepada pemberita selepas dijemput sebagai tetamu dalam program bual bicara ‘Selamat Pagi Malaysia’ sempena pelancaran ‘Gelombang Tani 2017’ di Angkasapuri di sini hari ini.

Tajuddin menegaskan petani dan peniaga kecil juga harus keluar daripada kaedah tradisional, meningkatkan strategi pemasaran mereka serta penjenamaan untuk pergi lebih jauh.

“Jika anda boleh bercakap bahasa Arab, teroka pasaran Arab. Jika mahir bercakap Inggeris, teroka pasaran Eropah. Keluar dan tembusilah pasaran baharu. Tiada siapa yang akan ke mana-mana dengan hanya duduk dan menunggu bantuan,” katanya.

Anggota Parlimen Pasir Salak itu juga berkata bukan hanya petani yang perlu mengubah kefahaman mereka mengenai pertanian, masyarakat juga harus mengubah persepsi mereka bahawa mereka yang terlibat dalam bidang pertanian tidak mempunyai masa depan yang cerah.

“Golongan muda kini mempunyai persepsi sedemikian. Mereka tidak menyedari bahawa pertanian juga membabitkan strategi pemasaran dan komunikasi berkesan untuk pergi jauh.

“Jika kita tidak mahu ketinggalan, kita harus mengubah minda dan sikap. Dunia di luar sana sangat besar dan jumlah penduduk yang meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Program dua hari Gelombang Tani 2017, bermula Sabtu ini yang akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertujuan untuk mengurangkan jurang antara penduduk tempatan dan kerajaan.

Sebelas agensi persekutuan termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Perikanan akan menganjurkan program penglibatan awam dengan penduduk tempatan dari 18 kampung di kawasan itu dan juga menggalakkan pelancongan agro di kawasan berkenaan.

Program ini dijangka menarik 20,000 pengunjung. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan...

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

Parti Pemerintah Thailand Janji Beri Duit Kepada Petani Jika Menang PRU

28/04/2023
0

BANGKOK : Parti pemerintah Thailand, Palang Pracharath (PPRP) yang pengaruh politiknya semakin berkurangan mengumumkan ikrar kempen baharu yang mengejutkan iaitu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd