• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Curi Kabel Telekom Ditahan Polis

oleh Ahmad Albab
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang penganggur ditahan polis kerana mencuri kabel Telekom Malaysia Bhd (TM) di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Taman Desa Pinji, Simpang Pulai, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata bertindak atas maklumat orang awam lelaki berumur 24 tahun itu ditahan ketika sedang membakar kabel terbabit bagi mendapatkan tembaganya kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Dalam tangkapan itu, polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira, lima batang kabel separuh bakar, satu longgok dawai kabel yang siap dibakar, satu longgok aluminium kulit kabel dan dua batang tukul besi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini hari ini.

Menurut Sum, lelaki berasal dari Manjung itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis sedang menyiasat lokasi kabel itu dicuri serta individu lain yang terlibat dalam kegiatan itu.

Katanya, pihak TM telah dimaklumkan mengenai tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: curi kabelPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd