• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktivis Antikerajaan Konon Diculik Masuk Thailand?

oleh
12/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMAINAN apakah ini? Ketika netizen propembangkang ghairah menularkan cerita sensasi kononnya ada aktivis antikerajaan diculik, rupa-rupanya mangsa dikesan selamba masuk Thailand!

Lebih lucu, Peter Chong yang didakwa ‘hilang’ angkara konspirasi jahat kerajaan itu dilihat menyeberangi sempadan dengan menaiki sebuah bas melalui pusat pemeriksaan Bukit Kayu Hitam, Kedah pukul 6.30 pagi pada 7 April lalu.

Menurut laporan portal tempatan AgendaDaily, polis sebelum itu menyiarkan foto seorang aktivis pembangkang yang ditularkan konon hilang dan ‘disangka’ diculik tetapi sebenarnya melintas sempadan menuju ke Thailand.

Dalam pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi Rabu, Peter disahkan berjaya memasuki negara jiran itu sebaik operasi rutin pintu sempadan dibuka secara rasmi jam 6 pagi pada Jumaat minggu lalu.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Peter, pihak kita nampak dia telah seberangi sempadan Thailand pada jam 6.30 pagi 7 April. Kita ada dapat gambar dia. Dia seberangi melalui sempadan Bukit Kayu Hitam menaiki bas.

“Saya tak tahu apa niat, tujuan dia hilangkan diri ke sana dan dilihat seolah-olah dia diculik dan tular,” kata Khalid cukup kesal dalam sidang media selepas menghadiri himpunan bulanan polis peringkat Bukit Aman hari ini.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa, pihak PDRM kini sedang bekerjasama rapat dengan pasukan Polis Diraja Thailand, dalam usaha untuk mengesan kedudukan sebenar lokasi ‘persembunyian’ Peter, pada masa ini.

“Kita tidak tahu, apakah sebab utama dia (Peter) perlu bertindak sedemikian rupa sama ada sengaja mahu lari dari hutang atau mungkin ada benda lain, itu kita masih lagi tidak tahu dan sedang siasat motifnya,” jelas Khalid lagi.

Anaknya, Darryl Chong membuat laporan polis mengenai kehilangan bapanya pada 8 April lalu selepas usaha menghubungi mangsa gagal. Kes Peter, 54, itu kemudiannya diklasifikasikan sebagai laporan orang hilang.

Pada 31 Mac lalu, Peter menerusi kiriman akaun Facebook mendakwa beliau kononnya didekati oleh individu tidak dikenali yang memberi peringatan supaya “berhati-hati” di sebalik beberapa kes orang hilang sebelum itu.

“Saya lihat ditularkan konon lima orang sudah diculik. Saya ingin beri amaran kepada mereka yang cuba kelirukan orang ramai. Ini tidak benar, daripada lima orang ini, hanya seorang sahaja yang dikesan diculik,” kata Khalid.

Justeru beliau berharap bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya selain menjadi pembantu kepada Anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa itu dapat segera menghubungi keluarganya untuk memaklumkan keadaan sebenar.

Polis setakat ini hanya mengklasifikasikan kes kehilangan seorang paderi dikenali sebagai Pastor Raymond Koh, sebagai kes jenayah selepas dia dilarikan oleh sekumpulan lelaki di Petaling Jaya, Selangor pada 13 Februari lalu.

Bagaimanapun kes kehilangan tiga lagi individu membabitkan Pastor Joshua Hilmy dan isterinya, Ruth serta Amri Che Mat diklasifikasikan sebagai Orang Hilang, manakala Peter dikategorikan sebagai menghilangkan diri.

Khalid berkata mana-mana pihak diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi liar dengan mengaitkan kes kehilangan lima individu terbabit konon sebagai satu konspirasi jahat terancang oleh kumpulan tertentu pula.

“Saya lihat viral (tular) dalam kalangan netizen media sosial konon mereka diculik, saya ingin beri amaran kepada sesiapa yang cuba mengelirukan kes berkenaan supaya segera menghentikan penyebarannya.

“Berdasarkan bukti yang ada setakat ini hanya Pastor Raymond yang memang sah dilarikan manakala status tiga kes yang lain sebagai hilang, jangan hendak memandai-mandai pula kata mereka juga diculik,” tegas Khalid.

Beliau turut menyelar tindakan pihak tertentu termasuk Majlis Peguam yang kononnya begitu prihatin dan mengambil berat kes kehilangan semua lima individu terbabit sehingga mewujudkkan spekulasi tidak benar.

“Dalam hal ini adakah kami (PDRM) tidak mengambil berat dan prihatin dengan kejadian yang berlaku?… kami juga sangat prihatin dan bertanggungjawab dalam usaha mengesan semua mereka yang hilang ini,” kata Khalid.

Sebuah badan propembangkang Bersih sebelum ini mendakwa beberapa aktivis pembangkang konon ‘hilang’ dan menuduh pihak polis berdiam tidak melakukan apa-apa untuk mengesan mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd