• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Turunkan Lebih 1,000 Gegantung Along Di Manjung

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Polis menurunkan dan merampas 1,246 gegantung pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long di tepi jalan dan taman perumahan sekitar daerah Manjung dalam Op Vulture atau Op Turun Banner, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, operasi yang bermula 3 petang itu melibatkan 15 pegawai dan anggota selain bantuan anggota Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di beberapa lokasi sekitar Sitiawan dan Seri Manjung.

“Operasi ini bertujuan untuk mengelak orang ramai daripada terpedaya dengan tawaran pinjaman yang diiklankan.

“Semua gegantung yang mengiklankan pinjaman wang diturunkan dan kita akan cuba mengesan pemilik nombor telefon itu serta merujuk kepada pihak berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya selepas melawat wad kanak-kanak di Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan juga merupakan usaha bagi membendung kes jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan awam di sekitar daerah ini.

“Apabila terdapat individu terpedaya dengan tawaran tersebut dan kemudian tidak mampu membayar pinjaman, ia akan mendorong kepada masalah kecurian serta pecah rumah untuk mereka mendapatkan wang membayar hutang,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata terbaharu, terdapat kes seorang individu mendakwa dirinya diganggu Ah Long dua minggu lalu kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga melibatkan unsur kekerasan.

“Sebenarnya ramai lagi mereka yang dibelenggu masalah ini namun tidak berani tampil ke hadapan.

Peningkatan rampasan gegantung juga menunjukkan terdapat peningkatan tawaran untuk tahun ini dan daripada situ menunjukkan pinjaman tanpa lesen ini mempunyai permintaan,” katanya.

Zailan berkata tahun lalu sebanyak 904 gegantung dirampas menerusi 90 operasi yang dijalankan, manakala sejak Januari hingga bulan ini 1,471 gegantung telah dirampas dalam 14 operasi. – BERNAMA

Tags: Gegantung Along
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd