• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puisi Kemerdekaan Medan Kebangkitan Semangat Patriotik

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Puisi kemerdekaan perlu dimartabat agar menjadi medan kebangkitan semangat patriotik kepada generasi muda dalam menghayati erti kemerdekaan.

Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata program puisi merdeka antara platform yang boleh diguna bagi memperluas pembabitan rakyat pelbagai kaum dalam menyampaikan serta menunjukkan semangat patriotik mereka.

“Program seperti Malam Puisi Merdeka 2014 ini perlu diperluas bagi membabitkan semua kaum dalam mengetengahkan suara mereka melalui pembacaan puisi dan syair tentang erti kemerdekaan dan semangat cintakan negara.

“Saya berharap program seperti ini diperluas di serata negeri bagi memartabatkan tradisi kita melalui puisi dan sajak kemerdekaan serta membangkitkan semangat cintakan negara yang berkesan untuk mendidik generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Puisi Merdeka 2014 di Istana Budaya malam ini yang turut dihadiri Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Datuk Zulkefli Salleh, Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez dan Pengerusi Yayasan Warisan Negara Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Program bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-57 negara itu bertujuan mewujudkan semangat kecintaan patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Kumpulan Okestra Budi memulakan persembahan dengan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Warisan’.

Ini diikuti deklamasi sajak ‘Malaysia Merdeka’ oleh penerima Anugerah SEA Write 2005 A.Ghafar Ibrahim, yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara mengorak langkah untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam pada itu, juara Malam Sayembara Puisi Kemerdekaan 2014 dimenangi Amran Ibrahim Rashidi, 33, menerusi puisi bertajuk ‘Pahlawan Tanah Merdeka’ karya Hassan Baseri Budiman. – BERNAMA

Tags: merdekaRais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

Malaysia Kekal Sokong Palestin Merdeka Tanpa Sebarang Prasyarat – Mohamad

08/08/2025
0

CYBERJAYA - Malaysia kekal menyokong sepenuhnya pembentukan sebuah negara Palestin yang merdeka tanpa sebarang prasyarat, kata Menteri Luar Datuk Seri...

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

PM Harap Semangat Jiwa Merdeka, Perpaduan Kekal Berpanjangan

31/08/2024
0

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semangat jiwa merdeka dan perpaduan yang ditonjolkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2024...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd